Isu Mara: SPRM akan panggil 10 individu lagi beri keterangan

February 9, 2022 · Isu semasa

Tiga lagi individu selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, berhubung siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata seramai 10 lagi individu dikenal pasti, untuk dipanggil bagi memberi keterangan dalam siasatan kes itu, lapor Bernama.

“Siasatan dijangka mengambil masa dua minggu bermula minggu ini, dan kesemua individu yang dipanggil ini terdiri daripada ahli lembaga pengarah, dan pegawai-pegawai kanan Mara.

“Ini untuk kita tahu sama ada pemberian elaun seperti yang didakwa, mendapat kebenaran ahli lembaga pengarah atau tidak,” katanya.

Hishamuddin berkata pihaknya juga mendapat semua dokumen yang diperlukan semasa serbuan ke atas Ibu Pejabat Mara dan Mara Corporation, serta syarikat setiausaha korporat pada Isnin lepas.

Semalam, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata seramai tujuh individu selesai memberi keterangan bagi siasatan kes itu.

Sabtu lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.

Berita berkaitan
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
6 jam lalu· Isu semasa
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
MP PKR juga gesa hormat keputusan mahkamah kes rasuah Zahid
September 23, 2022· Politik
Dua bekas pegawai kanan imigresen dihukum penjara tiga tahun terlibat rasuah
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
46 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
1 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
1 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok