Isu LCS: Zainab bukan isteri saya, kata menteri tugas-tugas khas

August 22, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menafikan dakwaan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, bahawa Zainab Mohd Salleh yang dituduh terbabit dalam skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS), adalah isterinya.

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut.

“Sebagai Anggota Kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini (22 Ogos 2022).

Terdahulu, Rafizi mendakwa kononnya isteri Latiff sebagai pemilik syarikat yang didakwa menyeleweng dana projek LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Bekas Ahli Parlimen Pandan daripada Pakatan Harapan (PH) berkata, kedua-dua syarikat itu mempunyai nama yang serupa dengan sebuah syarikat Perancis.

Syarikat-syarikat tersebut telah didaftarkan sebagai syarikat luar pesisir di Malta dan Labuan.

Rafizi mendakwa individu tersebut, yang dilantik sebagai perunding teknikal dan pembekal alat ganti, menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakannya. Akibatnya, sebanyak RM243 juta diseleweng.

“Zainab Mohd Salleh ialah isteri kedua kepada Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Semasa skandal ini berlaku, beliau yang juga Ahli Parlimen Mersing merupakan pemimpin UMNO sebelum menyertai Bersatu selepas PRU2018.

“Laporan siasatan dalaman projek LCS juga secara jelas menyebut bahawa Zainab Mohd Salleh adalah isteri kepada Dr Latiff Ahmad. Muka surat 96, perenggan 3.16.13.2 laporan menyebut “It is noted that Abdul Latiff is the spouse of Zainab” yang bermaksud “Siasatan mengambil maklum bahawa Abdul Latiff adalah suami kepada Zainab”.

“Beliau adalah Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013. Menteri Pertahanan ketika ini ialah Dato’ Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang.

“Semakan saya menunjukkan bahawa skim menyeleweng dana awam dari projek LCS ini dibuat selama bertahun-tahun dan dengan penuh perancangan. Saya juga boleh mengesahkan bahawa ada pelbagai bentuk kontrak pertahanan lain yang melibatkan Latiff Ahmad dan LCS bukan satu-satunya projek yang melibatkan syarikat-syarikat berkait dengan beliau,” dakwa Rafizi.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen memaklumkan Putrajaya membelanjakan RM6.08 bilion bagi projek LCS untuk tentera laut, tetapi tiada satu pun daripada enam kapal tersebut disiapkan atau dihantar.

Berita berkaitan: Rafizi gagal dedah peralatan kapal LCS boleh dibeli di 7-Eleven seperti dijanjikan

Berita berkaitan
Kalau dia luar biasa, kerajaan tambah kukuh: kata Puad kepada Asyraf
June 3, 2023· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023· Politik
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
8 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
8 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok