Isu LCS RM9.1 bilion, baharu sekarang Hisham kata pesalah akan dihukum

August 4, 2022 · Isu semasa

Selepas tiada satu kapal pun berjaya disiapkan daripada projek Kementerian Pertahanan (Mindef) bernilai RM9.1 bilion, baharu sekarang Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan pesalah akan dihukum sekiranya didapati bersalah.

Menteri Kanan Pertahanan itu berkata tindakan akan diambil terhadap pesalah terlibat dalam perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang bermula sejak 2013 dan sepatutnya disiapkan pada 2023 tetapi sehingga kini tiada satu kapal pun berjaya disiapkan.

“Siapa jua yang bersalah pasti akan dihadapkan ke  muka pengadilan,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan yang juha memberitahu siasatan sedang berjalan dan disyor disegerakan.

Kenyataan Hishammuddin itu hadir susulan pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara  (PAC) berhubung isu LCS hari ini.

Jelasnya lagi, Mindef dan semua pemegang  taruh akan meneliti laporan tersebut dan mengambil kira kesemua syor meneruskan projek itu.

Berkaitan usasha di peringkat kerajaan, dia berkata pada April lalu, kabinet bersetuju dengan Pelan Pemulihan Projek LCS yang membenarkan tempoh mobilisasi enam bulan bagi membolehkan rundingan dibuat dengan pengilang peralatan asal OEM  dan vendor.

Seterusnya, menurut pelan itu, memuktamadkan rancangan masa hadapan perolehan  LCS seperti yang dimahukan serta diperlukan Tentera Laut Diraja Malaysia  (TLDM). 

Selain itu, katanya, kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Tadbir Urus Khas yang  dipengerusikan oleh ketua setiausaha perbendaharaan Kementerian Kewangan  (MoF) serta ketua setiausaha Mindef. 

Jawatankuasa itu, katanya, ditugaskan memantau secara dekat terutama proses mobilisasi dan  melaporkan perkembangannya kepada kabinet. 

“Melangkah ke hadapan, perkara paling penting sekarang ialah untuk memastikan  projek LCS ini dapat diteruskan dengan lancar. 

“LCS aset yang amat diperlukan demi keselamatan perairan negara, sejajar dengan Program Transformasi Armada  15 to 5, dan demi kepentingan TLDM,” katanya.

Perolehan enam LCS yang dijalankan secara rundingan terus dengan nilai kontrak RM9.1 bilion merupakan perolehan terbesar dalam sejarah Mindef dan juga antara projek terbesar kerajaan Malaysia.

“Kontrak perolehan LCS yang bermula dari 3 Oktober 2013 hingga 2 Oktober 2023 bertujuan meningkatkan keupayaan TLDM.

“Namun sehingga hari ini tiada LCS yang disiapkan,” kata PAC.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata kontrak projek itu diberikan kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membina lima LCS.

Isu berkaitan LCS semakin menarik apabila pada Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam LCS oleh BNS.

Berita berkaitan
UMNO semakin hilang sokongan, ahli baharu kurang dan yang ada pula keluar: Ismail Sabri
17 jam lalu· Politik
Sudah banyak kali jawatan Presiden, Timbalan Presiden tak dipertandingkan: Mat Maslan
February 3, 2023· Politik
Surat penggantungan tak beri sebab tindakan diambil: Hishammuddin
January 31, 2023· Politik
Lantikan Izzah, lagi NGO kritik PM kerana berunsur “nepotisme”
January 30, 2023· Politik
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
8 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
8 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
9 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
17 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok