Isu ladang di hutan, SPRM akan siasat jika terdapat unsur rasuah

July 10, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak akan memulakan siasatan melibatkan ladang tanaman durian musang king di Gunung Inas di Baling, Kedah sekiranya didapati terdapat unsur rasuah.

Pengarah SPRM Kedah, Shaharom Nizam Abd Manap berkata pihaknya akan meneliti untuk menyiasat isu melibatkan kelulusan ladang tersebut jika terdapat aduan dan berada dibawah bidang kuasa agensi tersebut.

“Pihak kami sendiri ada membuat tinjauan dan siasatan awal untuk mengenal pasti kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM.

“Sekiranya ada kesalahan dikesan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa lain, SPRM akan serahkan untuk tindakan pihak berkuasa berkenaan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, SPRM juga akan bertemu dengan beberapa pihak lain bagi tujuan pengesahan.

Shaharom Nizam turut menggesa individu atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan rasuah berkaitan isu terbabit untuk tampil bagi tindakan lanjut SPRM.

Isnin lalu, tiga nyawa terkorban manakala beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir lumpur melanda di Kampung Iboi, Baling.

Kejadian itu turut menyebabkan lebih 80 rumah terjejas.

Dua hari kemudian, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak mempunyai kepentingan terhadap projek tanaman durian musang king di Gunung Inas, yang didakwa antara penyebab bencana Isnin lalu.

Sebaliknya, tegas beliau, arahan supaya menghentikan penanaman durian itu dikeluarkan pada Julai 2020, iaitu selepas dua bulan beliau menjadi Menteri Besar yang turut melibatkan arahan kerja penanaman tanaman tutup bumi.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok