Isu KWSP: Zahid, Najib nak selamat diri daripada penjara, kata MP Bangi

January 5, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen (MP) Bangi, Ong Kian Ming menyindir Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan orang kepercayaannya, Datuk Seri Najib Razak, menjadikan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bagi menyelamatkan diri daripada hukuman penjara.

Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP itu berkata Zahid dan Najib sebenarnya lebih prihatin untuk menyelamatkan diri daripada hukuman penjara daripada membantu rakyat.

Beliau mengimbas pembelian sebuah syarikat perladangan Indonesia oleh Felda Global Ventures (FGV) ketika Najib menjadi Perdana Menteri pada 2015, sambil menyatakan KWSP juga mempunyai kepentingan dalam anak syarikat Felda itu.

“Masa itu Jun 2015. Majlisnya ialah Mesyuarat Agung Tahunan FGV. KWSP, dengan pegangan 5% dalam FGV, menyuarakan kebimbangan serius terhadap cadangan pengambilalihan Eagle High Point (EHP), sebuah syarikat perladangan Indonesia yang dimiliki oleh rakan rapat Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, pada harga premium yang meningkat sebanyak 70%.

“Perjanjian itu diteruskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FGV ketika itu, tidak syak lagi dengan kelulusan Najib, dengan kos RM2.3 bilion. Pada 2019, Ketua Pengarah Felda, Dr Othman Omar, membuat laporan polis mendakwa Felda ditipu dalam pembelian EHP dengan harga melambung melebihi 300%!,” katanya.

Pada awal April 2019, Felda membuat satu laporan polis dengan mendakwa telah ditipu oleh Najib dalam pembelian saham EHP.

Dalam laporan polisnya, Dr Othman mendakwa, Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu telah mengarahkan Felda membuat transaksi pada 2015 melalui syarikat tujuan khas (SPV) FIC Properties Sdn Bhd (FPSB) untuk membeli 37 peratus saham EHP pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion), di mana nilai saham itu hanya AS$114 juta.

Mengulas lanjut Ong dalam kenyataan hari ini berkata, di sebalik pendedahan KWSP bahawa 3.6 juta penyimpan mempunyai kurang daripada RM1,000 dalam akaun mereka, gesaan berterusan Najib untuk membenarkan lebih banyak pengeluaran adalah petunjuk bahawa beliau tidak melihat kepentingan jangka panjang pencarum KWSP, termasuk Bumiputera.

“Sebaliknya, Najib menggunakan cara yang semakin populis dan tidak bertanggungjawab dari segi kewangan untuk merayu orang ramai, memikirkan bahawa beliau boleh memperbodohkan rakyat untuk mempercayainya serta retorik malu apa bossku.

“Saya tidak terkejut jika mereka menggunakan lebih banyak langkah populis untuk memperbodohkan rakyat supaya berfikir bahawa mereka cuba menyelamatkan rakyat, tetapi hakikatnya ini semua berkenaan cuba menyelamatkan diri mereka sendiri (daripada hukuman penjara).

“Saya berharap rakyat tidak terpedaya dengan aksi Najib dan Zahid,” katanya mengulas tindakan kedua-dua pemimpin UMNO yang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 one-off skim i-Citra KWSP.

Najib dan Zahid juga kini berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuan dan penyelewengan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Malah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, berkaitan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Najib untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu, tetapi Najib kini mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Selain itu, Najib yang disifatkan oleh penganalisis ekonomi sebagai ‘jadong’ – ungkapan pemikir Syed Hussein Alatas yang bermaksud jahat, bodoh dan sombong – turut berdepan beberapa pertuduhan lain, termasuk dalam kes 1Malaysia Development Berhad.

Sementara Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional berdepan 40 tuduhan menerima suapan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) kerajaan, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebanyak 33 pertuduhan adalah berkaitan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Tujuh pertuduhan lagi, Presiden UMNO itu didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan Yayasan Akalbudi.

Dua belas daripada pertuduhan itu membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan wang berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
RM145 bilion dikeluarkan pencarum sejak pandemik Covid-19: MOF
August 8, 2022· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
7 minit lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
29 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
37 minit lalu · Isu semasa
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Umrah: Umat Islam Malaysia boleh mohon VOA tapi berisiko
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok