Isu kemasukan pelancong China, PM kata tiada diskriminasi

January 4, 2023 · Isu semasa

Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana negara dalam menjalankan pemeriksaan Covid-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini, namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kawalan di pintu masuk negara oleh Jabatan Imigresen juga diperketatkan bagi memantau kemasukan rakyat asing ke Malaysia, menurut laporan Bernama.

“Kalau kita lihat umpamanya kadar jangkitan (Covid-19) di China yang diuar-uarkan, ia tinggi dan kita juga tahu kadar kematian di Amerika Syarikat akibat Covid-19 juga tinggi, dan begitu juga beberapa negara lain.

“Jadi kita ambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, jadi sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Anwar berkata dalam mesyuarat hari ini Jemaah Menteri juga berpendapat urusan pelancongan mahupun ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan negara dalam mengawal jangkitan sebarang wabak terhadap rakyat termasuk Covid-19.

Menurut Perdana Menteri laporan media yang dikeluarkan berkaitan pelancong China juga berbeza dengan fakta sebenar yang berlaku, serta tidak memberi kesan kepada kadar jangkitan di negara ini.

“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution) berikan jumlah pelawat dari China umpamanya untuk 2022 adalah 336,000 orang dengan majoriti besar adalah pelancong, dan tidak beri kesan sebagaimana yang digembar-gemburkan.

“Disember sahaja pelawat China adalah 53,000 orang, jadi kita tak melihat lonjakan jangkitan yang mengaitkan mana-mana negara,” katanya yang turut menjelaskan angka itu tidak bermakna Malaysia memberi kelonggaran kepada mana-mana negara untuk masuk ke Malaysia.

Penghujung tahun lepas, China melaporkan berlaku lonjakan kes Covid-19 berikutan varian Omicron yang merebak dengan pantas, dan beberapa negara mengambil keputusan untuk menyekat kemasukan pengembara dari China ke negara mereka sebagai langkah menghalang penularan wabak itu.

Anwar seterusnya menasihati orang ramai untuk mendapatkan vaksin penggalak Covid-19 memandangkan hanya 49 peratus rakyat sahaja yang telah mendapatkan dos itu, selain bekalan vaksin juga masih banyak iaitu sekitar enam juta dos.

Anwar berkata disebabkan dos penggalak tidak mendapat sambutan seperti dos pertama dan kedua, banyak bekalan itu sebelum ini sudah dilupuskan.

“Jadi saya usulkan mula dengan wartawan yang belum ambil booster (penggalak) pertama untuk ambil, kerana jangkitan ini ikut unjuran dan kajian Kementerian Kesihatan belum menentu, belum tamat.

“Kalau yang dah ambil dos pertama, dos kedua, booster itu kena ada, kerana vaksin ini masih ada. Jadi untuk bulan Januari ini semua wartawan dikehendaki ambil booster kemudian disusuli dengan rakyat lain kerana kalau wartawan beri contoh teladan yang baik, itu akan diikuti oleh rakyat,” katanya.

Malah Perdana Menteri turut menjelaskan beliau juga telah mendapatkan dos penggalak Covid-19.

“Saya sudah (ambil dos penggalak). Alhamdulillah. Saya boleh tunjuk saya punya MySejahtera,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada beliau telah mendapatkan dos penggalak itu.

Berita berkaitan
Bilangan pelajar antarabangsa warga China terbesar di UTM tahun ini
February 3, 2023· Isu semasa
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Merungkai putar belit portal berita pro-DAP
January 25, 2023· Rencana
Popular
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
February 8, 2023
Enam maut nahas di Genting
February 8, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol, diesel tak berubah hingga 15 Februari ini
1 jam lalu · Isu semasa
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
2 jam lalu · Isu semasa
Enam maut nahas di Genting
4 jam lalu · Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
5 jam lalu · Isu semasa
Jho Low beritahu RM5j dari akaun Najib pindah kepada UMNO: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
12 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok