Isu kapal LCS: Bekas Panglima TLDM dijangka didakwa pagi ini

August 16, 2022 · Isu semasa

Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dijangka didakwa atas tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berjumlah lebih RM20 juta berhubung skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Ahmad Ramli, 78 tahun, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Dia dijangka menghadapi sekurang-kurangnya tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, menurut sumber yang mengetahui siasatan kes berkenaan.

Salah satu daripada pertuduhan itu melibatkan pembayaran kira-kira RM13 juta kepada Setaria Holdings Limited, yang dilakukan tanpa kelulusan lembaga Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Ahmad Ramli dilantik sebagai panglima Tentera Laut pada Oktober 1996. Dia bersara pada 1998 selepas berkhidmat dalam TLDM selama 35 tahun.

Pada Julai, penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pasti mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa beberapa orang yang terlibat dalam projek berbilion ringgit LCS itu.

Pada 4 Ogos, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen mendedahkan bahawa sejumlah RM1.4 bilion peruntukan kerajaan untuk projek LCS telah digunakan untuk tujuan lain, termasuk lebihan kos.

Siasatan dua tahun oleh PAC juga mendedahkan bahawa projek bernilai RM9 bilion itu dilakukan melalui rundingan terus dengan BNS dan telah ditandatangani pada 2014.

Ahmad Ramli adalah salah satu daripada dua nama yang terlibat dan disebut berulang kali dalam laporan PAC.

Susulan laporan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan SPRM menyegerakan siasatan terhadap kes LCS dan memberitahu Peguam Negara untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat cukup bukti.

Berita berkaitan
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
2 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
2 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
13 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok