Isu kalimah Allah, ABIM pula tuntut penjelasan kerajaan

May 15, 2023 · Isu semasa

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut penjelasan kerajaan susulan keputusan terkini kerajaan yang menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu sewajarnya diserahkan kepada pihak mahkamah untuk diputuskan.

“Keputusan yang dibuat adalah sesuatu yang besar dan ABIM memohon penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung perkara ini.

“Memandangkan proses mahkamah belum berakhir, sewajarnya isu ini diserahkan kepada peringkat mahkamah tertinggi dalam negara untuk dimuktamadkan,” katanya dalam sat kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata keputusan Kementerian Dalam Negeri membabitkan penarikan balik rayuan tersebut sudah diketahui jemaah menteri yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media hari ini melaporkan, KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
9 minit lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu· Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok