Isu Hakim Mohd Nazlan: SPRM kena tegur lagi dalam Dewan Rakyat

March 13, 2023 · Isu semasa

Seorang ahli Parlimen penyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) hari ini (13 Mac 2023) menegur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat kenyataan secara terbuka melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Ghazali.

RSN Rayer (PH-Jelutong) mengingatkan bahawa Hakim Nazlan tidak berpeluang untuk membela diri apabila SPRM mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya ingin menegur, meminta supaya SPRM tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan begini kerana apabila dibuat begitu ia menyebabkan macam-macam polemik politik di luar,” katanya di Dewan Rakyat, ketika membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa, menurut FMT.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada September 2022 ketika ditemui pemberita berkata kertas siasatan telah selesai namun tidak mahu mengulas siasatan itu. Beliau juga tidak boleh mendedahkan arahan Jabatan Peguam Negara.

Pada 22 April, SPRM berkata pihaknya membuka kertas siasatan berikutan laporan dibuat mengenai jumlah tidak dapat dijelaskan lebih RM1 juta dalam akaun bank Mohd Nazlan.

Mohd Nazlan membuat laporan polis berhubung dakwaan itu, berkata ia “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” dan bertujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim.

Pada Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan dilakukan tanpa mengikut protokol.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan sidang tujuh hakim berkata demikian dalam saman tiga peguam untuk mencabar siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan itu, berhubung dakwaan RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

“Badan penyiasatan seperti SPRM, mesti berunding dengan ketua hakim negara sebelum siasatan (dimulakan), dan kegagalan tidak memaklumkannya menunjukkan terdapat kekurangan ‘bona fide’ di pihak mereka.

“Pengumuman itu (yang dibuat oleh SPRM di media) sudah cukup untuk merosakkan kebebasan kehakiman,” kata Tengku Maimun.

Nazlan, yang mengetuai perbicaraan Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International di Mahkamah Tinggi, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri itu.

Dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, Najib berhujah bahawa Nazlan berada di bawah konflik kepentingan yang serius ketika mengetuai perbicaraan itu.

Berita berkaitan
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok