Isu festival Bon Odori, MB kata Selangor akan rujuk pihak berkuasa agama negeri

June 7, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Selangor akan merujuk pihak berkuasa agama negeri susulan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad yang menasihatkan umat Islam supaya tidak menyertai Festival Tahunan Bon Odori yang disifatkan mengandungi unsur agama lain.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya juga akan berhubung dengan pihak Kedutaan Jepun dan pengkaji bidang berkaitan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penganjuran festival tersebut, lapor Bernama.

Beliau berkata sebelum ini pihaknya tidak menerima sebarang nasihat atau pandangan berkaitan penganjuran festival itu sebaliknya menganggap ia sebagai acara kebudayaan.

“Kita perasan informasi (larangan menyertai festival) itu datang beberapa hari lepas menerusi Wikipedia, malah sebelum ini, tidak timbul isu mengenai festival itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC) di sini hari ini.

Amirudin berkata pihaknya akan meneruskan Festival Bon Odori itu, iaitu perayaan Buddha Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic) pada 16 Julai ini, untuk memberi ruang kepada penganut agama lain menyambutnya seperti mana-mana perayaan yang disambut dalam negeri itu.

Semalam, Idris berkata umat Islam dinasihatkan supaya tidak menyertai Festival Bon Odori kerana berdasarkan kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mendapati festival itu mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.

Mengenai SELPHAC, Amirudin berkata penubuhan jawatankuasa itu diluluskan 13 April lepas selari hasrat Kementerian Kesihatan bagi mengukuhkan agenda kesihatan awam dalam kalangan masyarakat selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

Berita berkaitan
PN kubur angan-angan Amirudin mahu menang besar di Selangor
August 13, 2023· Politik
Skandal SMG: Faekah ajar MB Selangor cara baca fail kerajaan
August 11, 2023· Politik
PN akan dedah skandal tanah MB jika perintah Selangor
August 10, 2023· Politik
Semasa kempen PRN, MB Selangor umum batal projek bina PJD Link
July 31, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
8 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
8 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok