Isu dilantik duta: Tajuddin kecewa dilayan seperti ‘orang jalanan’

May 21, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini melahirkan kekecewaan setelah dikritik hebat susulan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu.

Menyifatkan sebahagian kritikan itu tidak adil buatnya, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di Parlimen berkata beliau tidak akan melayan pihak yang mengkritiknya.

Menurutnya beliau akan berdiam diri dan hanya membuat kenyataan pada waktu sesuai.

“Saya tidak mahu buat kenyataan menceceh sana sini dan cuma urut dada membaca macam-macam yang orang tulis. Sebahagiannya tidak adil kepada saya.

“Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua, sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu, sejak berusia 25 tahun lagi. Tetapi, saya dilayan seolah-olah seperti saya ‘orang tepi jalan’.

“Sebab itu saya nak diam sahaja dan bercakap apabila sampai masanya,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, beliau dijangka berangkat ke Indonesia untuk memulakan tugas baharunya minggu depan.

“Tentang misi ke sana, sebenarnya ada banyak dalam fikiran, tetapi tidak boleh dikongsikan lagi sekarang, tunggulah apabila sudah pergi nanti baru saya cakap,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan melembutkan nada komunikasinya ketika berkhidmat di Indonesia, katanya, isu itu bukan perkara penting, sebaliknya keikhlasan dan komitmen terhadap kerja yang perlu diutamakan.

“Saya nak turunkan nada dari segi apa? Seorang pejuang tidak sesekali akan menurunkan nada.”

Pelantikan Tajuddin mendapat reaksi kurang menyenangkan dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang berkata Tajuddin sering terpalit dengan kontroversi dan bersikap tidak profesional.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan pelantikan itu dengan berkata, Putrajaya “tidak boleh memuaskan hati semua orang”.

Katanya, Tajuddin adalah ahli politik berpengalaman dan pelantikannya turut diluluskan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Dakwaan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia dijual bukan milik JPN
May 18, 2022
2,500 guru enggan divaksin diberi tugas lain di sekolah
September 4, 2021
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
ADUN Belantek, Mohd Isa meninggal dunia
June 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok