Isu bekalan ubat di pasaran, KKM mula agih stok penimbak

July 15, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengagihkan stok penimbal ubat-ubatan kerajaan kepada klinik dan hospital swasta, susulan timbulnya situasi kekurangan ubat-ubatan di pasaran.

Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata langkah itu merupakan susulan kepada pengumuman yang dibuat pada 13 Jun lepas berhubung peminjaman ubat-ubatan dari klinik kesihatan dan hospital KKM kepada klinik swasta, sebagai langkah penyelesaian sementara, lapor Bernama.

“Bagaimanapun isu kekurangan bekalan ubat masih berlarutan dan aduan masih saya terima terutama daripada farmasi komuniti dan klinik-klinik swasta kecil yang tidak dapat bekalan, terutamanya ubat-ubatan untuk batuk dan selesema serta ubat-ubatan untuk kegunaan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata stok penimbal kerajaan diuruskan Pharmaniaga Bhd, dan pengagihan akan didahulukan kepada klinik-klinik dan hospital swasta yang mengalami kekurangan ubat.

Khairy berkata punca kekurangan ubat-ubatan adalah disebabkan permintaan di luar jangkaan, terutamanya ubat-ubatan demam, batuk dan selesema, jika dibandingkan sebelum tercetusnya pandemik.

“Ada banyak andaian kenapa ini berlaku, antaranya adalah sistem imun kanak-kanak sangat rendah disebabkan mereka berada di rumah untuk dua tahun dan tidak berhadapan dengan apa-apa kuman ataupun virus dan apabila keluar (kembali) mereka terdedah dengan sistem imun yang yang sangat lemah, ini menyebabkan peningkatan kes-kes selesema,” katanya.

Selain itu Khairy berkata antara punca kekurangan bekalan ubat di pasaran adalah kerana gangguan bekalan berikutan polisi ‘lockdown’ China memandangkan banyak ramuan dan bekalan ubat-ubatan datangnya daripada negara itu, serta masalah geopolitik di Ukraine.

“Kita telah berbincang dengan pengilang-pengilang, mereka akan tingkatkan produksi (pengeluaran) yang dikatakan akan lebih stabil pada suku tahun ketiga, iaitu dua bulan lagi. Sementara kita menunggu pengeluaran daripada kilang kita lebih stabil, saya setuju supaya stok penimbal kerajaan dilepaskan dahulu untuk klinik dan hospital swasta serta merta,” katanya.

Merujuk kepada kos ubat-ubatan stok penimbal yang diagihkan, Khairy berkata ia bergantung kepada permintaan daripada sektor kesihatan swasta.

“Apabila sudah dapat (permintaan), KKM akan tahu berapa banyak yang akan dilepaskan,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid beri isyarat bakal ada kena pecat esok, pembersihan UMNO bermula esok
12 jam lalu· Politik
Bakal dipecat UMNO, PN dan PAS terbuka terima Khairy: Samsuri
17 jam lalu· Politik
UMNO tentukan keputusan hukuman terhadap Khairy hari ini
January 25, 2023· Politik
Puad jangan ingat UMNO ini milik orang atas sahaja, kata Khairy
January 21, 2023· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
16 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
16 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok