Isu Azam Baki: Kerajaan tak berdiam diri, kata Ismail Sabri

January 8, 2022 · Isu semasa

Kerajaan tidak berdiam diri terhadap isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sebaliknya siasatan dijalankan oleh banyak agensi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob siasatan berhubung kes itu kini dilakukan pelbagai pihak, antaranya Suruhanjaya Sekuriti selain siasatan dalaman oleh SPRM sendiri.

Ia sekali gus menolak tuduhan mengatakan kerajaan berdiam diri dalam isu itu, katanya memetiklaporan Bernama hari ini.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap dakwaan pembelian saham melibatkan Azam.

“Saya sentiasa dimaklumkan, dan memantau isu berkaitan SPRM, tindakan telah diambil dan gambaran diberikan kerajaan berdiam diri adalah salah. SPRM merupakan suruhanjaya bebas (dan) ada tatacara sendiri kendalikan perkara seperti ini.

“Kita tunggu selesai siasatan, kita tidak boleh ‘jump into conclusion’ seolah-olah Azam Baki bersalah, kita perlu berlaku adil kepada sesiapa sahaja, selepas selesai siasatan baru ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan dan bakul makanan kepada 206 keluarga mangsa banjir Kota Marudu di Kota Marudu, hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam yang mendesak Azam dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Tan Sri Abu Zahar Ujang disiasat segera oleh satu badan bebas berhubung dakwaan itu, selain menyarankan dua individu berkenaan ‘direhatkan’ sementara siasatan berjalan.

Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dengan salah laku, namun menyeru semua pihak supaya sentiasa konsisten dan berlaku adil terhadap sesiapa sahaja.

“Kita mesti yakin dan percaya dengan sistem yang kita ada, biar SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti siasat dahulu… dahulu ada Ketua Menteri Pulau Pinang disiasat, tiada pula saranan direhatkan, kita kena konsisten jangan pula ada dwi-standard,” katanya.

Beliau berkata sebagai sebuah badan bebas, tiada campur tangan dalam SPRM termasuk daripada Perdana Menteri sendiri dan menurutnya badan itu akan dipastikan kekal bebas.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok