
Bukit Aman dilaporkan mula menyiasat bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Polis dilaporkan telah membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berhubung dakwaan salah guna kuasa ketika menjadi Peguam Negara (AG), semasa mengendalikan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
FMT memetik Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Sasikala Devi Subramaniam berkata bahawa unit siasatan terkelas (D5) Bukit Aman sedang menyiasat perkara itu.
“Kedua-dua laporan di Selangor dirujuk kepada polis Kuala Lumpur sebelum diambil alih oleh D5 Bukit Aman,” katanya dipetik sebagai berkata.
Siasatan itu dibuat susulan laporan polis Ahli Parlimen Klang Charles Santiago terhadap Apandi di Klang semalam, susulan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu dan satu lagi laporan polis yang dibuat oleh Parti Pejuang Tanah Air.
Mohamed Apandi pada Julai 2019, menyaman Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang kerana memfitnah secara terbuka mendesaknya “menjelaskan mengapa dia membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB”.
Pada 6 Mei 2019, Kit Siang telah menerbitkan artikel bertajuk “Dangerous Fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity” di blognya sendiri, yang mengandungi sebaris ayat yang mengatakan Apandi “harus menjelaskan mengapa” dia didakwa “membantu dan bersubahat dalam 1MDB skandal”.
Tetapi Mahkamah Tinggi pada 23 Mei lalu menolak saman fitnah Apandi, selepas mendapati bukti yang dikemukakan di mahkamah – termasuk keterangan Apandi sendiri – menunjukkan Kit Siang berjaya membuktikan pembelaannya.
Dalam penghakiman setebal 100 muka surat yang dikeluarkan pada 21 Julai, Azimah menyatakan bahawa adalah sangat jelas bahawa Apandi menunjukkan sikap tidak berminat dan ada kala memberi kenyataan bertentangan dalam keterangannya.
Selain sikap tidak berminat, kata hakim itu, bekas peguam negara tersebut tidak kisah ambil terhadap kedaulatan undang-undang yang asas dan akal yang wajar (common sense).