Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan

March 20, 2023 · Isu semasa

Pelakon utama yang membawa watak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar The Untold Story enggan menceraikan isterinya, Diana Danielle.

Menurut laporan media, pelakon cantik berdarah kacukan itu membuat permohonan cerai awal bulan ini terhadap Farid atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi tadi, menurut laporan Astro Awani.

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Dalam temu bual dengan sebuah portal awal tahun ini, Diana melahirkan rasa bersyukur suaminya seorang yang setia dan tidak pernah putus asa dalam rumah tangga.

Menurut pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, dia sentiasa bersangka baik selain bermuhasabah untuk memperbaiki diri.

Akhir tahun lalu, Diana Danielle menyatakan rasa bangga dengan keberanian suaminya apabila merebut peluang melakonkan watak Anwar menerusi filem “Anwar The Untold Story” terbitan sebuah produksi dari Indonesia.

Diana Danielle dan Farid Kamil berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
6 jam lalu· Rencana
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
17 jam lalu· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
51 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok