Isteri muda tak mengaku peras ugut suami warga emas

October 14, 2021 · Isu semasa

Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap suaminya sendiri dengan mengambil wang tunai mangsa berjumlah RM13,000 di sebuah hotel dekat sini, bulan lepas.

Alimi Wahidah Shamsul, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Memetik laporan Bernama, dia didakwa berniat jahat melakukan pemerasan terhadap Mat Yassin Junus, 60, dengan cara mengambil wang tunai berkenaan sebagai cagaran sehingga membawa ketakutan kepada mangsa di sebuah hotel dekat sini kira-kira 6.19 petang, 21 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nazuha Mohd Nasir menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang diwakili peguam Aryani Mohd Amin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon jumlah jaminan tidak lebih RM2,000.

“Tertuduh mempunyai dua anak yang masih bersekolah malah turut menjaga ibunya yang berusia 75 tahun dan uzur,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Disember untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Caruman kepada isteri secara sukarela dan suami tidak wajib bayar: Perkeso
July 20, 2022· Isu semasa
Rakan wanita disyaki terlibat dalam kes bunuh suami ditahan
July 16, 2022· Isu semasa
Lelaki dipenjara lima bulan pukul isteri dengan kerusi
June 7, 2022· Isu semasa
Bapa saman bekas isteri, kerajaan RM25 juta dalam kes anak dilarikan
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
9 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok