Isteri bekas menteri buat hal lagi, maki anak ‘sial’

March 31, 2021 · Isu semasa

Seorang isteri bekas menteri kontroversi buat hal lagi apabila melepaskan kemarahan terhadap anak tirinya dengan komen kata kurang sopan ‘sial’ dalam akaun media sosialnya, Instagram.

Beberapa salinan komen yang tular dalam media sosial menunjukkan Haflin Nazri Aziz, isteri Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz, dilihat sangat marah terhadap anaknya dengan panggilan ‘sial punya anak’.

“Ya anak spoiled brat… Hidup lagi, ayah sakit duduk hospital 12 hari pun tak jenguk! Tau mintak duit je tak padan ko tu dah tua! Sial punya anak!” tulis Haflin dalam ruangan Story Instagram.

Haflin tidak menamakan anak yang dimaksudkannya, namun diketahui umum Nazri mempunyai anak dengan isteri terdahulu, Nedim Nazri yang berkahwin dengan artis cantik, Nora Danish.

Bukan kali pertama kedua-dua mereka bertegang urat, sebelum ini sekitar tahun 2018 Haflin juga pernah bergaduh dengan Nedim dalam media sosial.

Nazri baru-baru ini menarik kembali sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Haflin turut melepaskan kemarahan kepada kerajaan dengan kata-kata tidak berpuas hati bermula dengan pengisytiharan darurat hingga kepada langkah politik terbaru suaminya.

Berita berkaitan
PRU-15 : Nazri tetap tak mahu bertanding
October 21, 2022· Politik
Berakhir MoU, PM tak lagi terikat dan bebas tentukan bila PRU-15
July 15, 2022· Politik
Desak tamatkan MoU, PRU segera kerana nak elak kes mahkamah: Nazri
July 14, 2022· Politik
Nazri sindir Nur Jazlan yang kalah, baik guna duit buat PRU bantu rakyat
June 6, 2022· Politik
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
5 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
52 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok