Istana Negara, mercu tanda KL berwarna jingga malam tadi

September 18, 2022 · Isu semasa

Istana Negara dan beberapa lokasi mercu tanda di ibu negara dilimpahi cahaya berwarna jingga malam tadi sebagai tanda sokongan sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022 hari ini.

Sinaran cahaya jingga menerangi tiga lokasi strategik di sekitar Istana Negara bermula 8 hingga 10 malam iaitu Pintu Gerbang Utama, Dataran Kawad dan Kubah Anjung Utama.

Tinjauan Bernama mendapati, bangunan ikonik seperti Menara Kuala Lumpur mula disinari cahaya berwarna jingga seawal 7.30 malam dan ia jelas kelihatan dari Istana Negara.

Pada Mei 2020, Istana Negara turut disinari cahaya biru di waktu malam sebagai tanda menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan negara dalam memerangi wabak COVID-19.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Siti Nor Emyliana Su’aif, berkata program yang diraikan di serata dunia itu adalah resolusi serta usaha dalam meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan pesakit.

“Warna jingga dipilih sebagai warna rasmi bagi Hari Keselamatan Pesakit Sedunia sekali gus menjadi simbol Perlindungan Kesihatan Sejagat. Fokus bagi sambutan tahun ini adalah ‘Medication Without Harm’,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
10 jam lalu· Politik
Tuan Ibrahim sahkan semua Menteri PN hantar surat kepada Agong
16 jam lalu· Politik
Peguam Najib beritahu anak guamnya dijanjikan hadiah wang tunai RM1.17 bilion
October 3, 2022· Isu semasa
Istana Negara tidak terima makluman PM menghadap Agong, lapor Utusan
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok