Istana Negara lapor polis ‘surat’ Hisham mohon menghadap Agong

June 25, 2021 · Isu semasa

Istana Negara sudah melaporkan kepada polis berhubung surat yang kononnya ditulis Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan jumlah sokongan Ahli Parlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, laporan berkenaan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, hari ini.

Memetik laporan Bernama beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut aduan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata pengadu adalah pegawai Istana Negara yang membuat laporan itu selepas menerima kiriman mesej WhatsApp tertera surat menggunakan kepala surat Bendahari Agung Barisan Nasional (BN).

“Pengadu telah terima mesej dari aplikasi WhatsApp mengatakan pihak Istana Negara ada terima surat daripada BN bagi tujuan pembentukan Kerajaan Malaysia yang baharu.

“Pengadu kemudian membuat semakan dengan pihak Istana Negara dan mendapati surat itu tidak diterima oleh pihak istana dan mengesyaki cap terima itu adalah palsu,” katanya.

Anuar berkata polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia1998.

Semalam, Setiausaha Akhbar Hishammuddin, Mohd Hafiz Ariffin membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung satu surat ditulis kepada Yang di-Pertuan Agong, yang mendakwa Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN mendapat sokongan untuk menjadi perdana menteri yang baharu.

Katanya, surat itu palsu dan disebarkan dengan niat untuk memburukkan reputasi Hishammuddin serta mewujudkan kekeliruan orang ramai.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok