Ismail Sabri umum langkah beri dos ketiga, pakej penjagaan Covid-19

September 19, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan langkah kerajaan untuk melaksanakan pemberian dos ketiga dan juga pakej penjagaan Covid-19 bagi menjaga kebajikan rakyat yang sedang berdepan cabaran pandemik.

Ismail Sabri berkata langkah tersebut bertujuan menambahbaik perlindungan kepada orang ramai dan keutamaan akan diberikan kepada kelompok yang berisiko tinggi terdedah kepada ancaman Covid-19 terlebih dahulu.

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan akan memberi tumpuan kepada kumpulan sasar dalam pemberian dos ketiga, ia termasuklah petugas barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imunisasi, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang bekerja atau tinggal di pusat jangka panjang.

Menurut Ismail Sabri pemberian dos ketiga itu akan dibuat selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Sementara itu menurut Ismail Sabri juga mengumumkan peruntukan lebih RM471.6 juta bagi bantuan kepada golongan B40 melalui Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC).

Menurutnya lagi, itu bantuan tersebut dibuat antara lain bagi meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah mereka, selain melatih diri membudayakan norma baru, sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi:

Kata Ismail Sabri pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok