Ismail Sabri tiru cadangan PN, umum cuti dua hari selepas PRU-15

November 14, 2022 · Isu semasa

Langkah Perikatan Nasional (PN) menawarkan cuti umum dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 ditiru Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan perkara sama.

Untuk rekod, cuti umum dua hari pada 18 dan 19 November sebelum ini ditawarkan dalam Manifesto PN yang diumumkan Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu.

Ismail Sabri hari ini mengumumkan perkara sama pada hari ini selepas merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya dengan berkata pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

“Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” katanya menurut laporan media.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mengumumkan pemberian tol percuma untuk 30 konsesi Lebuh raya  ditawarkan  dua hari kepada para pengguna sempena hari PRU-15 yang berlangsung pada 19 November ini.

“Tol percuma tersebut bermula dari pukul 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November, melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya.

“Implikasi kewangan daripada inisiatif ini akan diserap sepenuhnya syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sebagai salah satu dari inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, dengan anggaran kos tanggungan sebanyak RM34.5 juta,” katanya lagi.

Tawaran pemberian tol percuma ini diputuskan setelah mengambil kira cadangan dan rundingan yang melibatkan antara Kementerian Kerja Raya dengan semua syarikat pengendali konsesi lebuh raya.

Berita berkaitan
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
29 minit lalu· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
12 jam lalu· Politik
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
5 minit lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
27 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok