Ismail Sabri tak boleh salahkan MPN jika gagal, kata penganalisis politik

September 21, 2022 · Isu semasa

Penganalisis politik melihat tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menuding jari kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) susulan kegagalan kerajaannya mengurus ekonomi dengan berkesan, satu perbuatan yang salah.

Malah, mereka berpendapat Ismail Sabri tidak boleh menyalahkan MPN dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi cadangan menguruskan ekonomi dengan berkesan, kerana majlis itu tidak mempunyai kuasa melaksanakannya.

Tugas MPN hanya untuk menasihati kerajaan dan ia tidak mempunyai kuasa untuk membuat atau melaksanakan sebarang keputusan, kata mereka lagi.

Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain dipetik MalaysiaNow berkata susulan daripada nasihat itu, terpulang kepada kerajaan sama ada ingin menterjemah cadangan tersebut menjadi kenyataan.

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia itu, MPN juga tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana pihak melaksanakan sebarang cadangan, dasar atau projek yang ingin dikemukakan.

“Menyalahkan MPN tidak betul, kerana MPN hanya badan yang memikirkan dan membuat cadangan sahaja.

“Masalahnya jika cadangan itu dilihat cantik tapi tak berupaya nak dilaksanakan dan hasilnya ia gagal.

“Atau menteri berkenaan tidak setuju dengan cadangan MPN lalu menolak untuk melaksanakannya secara diam-diam,” menurut Dr Ahmad Atory dipetik sebagai berkata.

Pada 19 September, Ismail Sabri menyatakan usaha menguruskan ekonomi negara adalah tanggungjawab bersama dan sekiranya beliau gagal, maka MPN juga gagal.

Kenyataan itu dibuat susulan tindakan Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas kepemimpinan Ismail Sabri – yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada beliau pada 21 Ogos 2021 – secara terbuka apabila menyatakan perdana menteri tidak memandang serius isu yang sedang membelenggu negara ketika ini.

Ini termasuk masalah inflasi yang semakin tinggi hingga memebankan rakyat dan kejatuhan nilai ringgit paling teruk dalam tempoh 24 tahun sejak krisis kewangan Asia sebelum ini.

Hari ini (Rabu, 21 September 2022) nilai ringgit terus merudum ke paras terendah sepanjang masa berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan iaitu mencecah paras 4.5600 bagi AS$1.

Namun Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyatakan beliau belum sampai ke tahap untuk mendesak Ismail Sabri supaya membubarkan Parlimen.

“Tetapi saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baru yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” kata Muhyiddin lagi.

Sementara itu, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berpendapat Muhyiddin sepatutnya mengutarakan kritikan pentadbiran Ismail Sabri dengan lebih terperinci supaya kelemahan sebenar kerajaan dapat ditunjukkan dengan jelas.

Katanya, Muhyiddin perlu menunjukkan dengan lebih teliti apakah cadangan MPN yang ditolak kerajaan.

“Dengan cara itu, beliau secara serentak boleh mengangkat kedudukan politiknya lebih tinggi dari Ismail Sabri.”

Dalam pada itu, Oh berpandangan kenyataan Muhyiddin serba sedikit turut memberi tekanan terhadap Ismail Sabri untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Namun begitu, Oh menyatakan tiada sebab kukuh untuk Muhyiddin mendesak Ismail mempercepatkan tarikh pilihan raya seperti yang sedang dilakukan pimpinan UMNO.

“Terpulang kepada perdana menteri untuk adakan pilihan raya, tetapi Ismail Sabri juga perlu merujuk kepada PN memandangkan ini adalah kerajaan campuran,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
41 minit lalu· Politik
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
4 jam lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
4 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
4 jam lalu· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok