Ismail Sabri tak boleh diam sahaja, banyak isu cengkam rakyat: Anwar

April 30, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh berdiam diri sahaja, tatkala beberapa perkara mendesak tidak ditangani dan masih mencengkam negara serta rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa isu memerlukan tindakan dan langkah serta penjelasan segera daripada Perdana Menteri kerana ia juga bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR itu berpendapat sekiranya isu-isu berkenaan tidak ditangani dan diperbetulkan, Malaysia akan menemui kepayahan untuk bangkit semula, berintegriti dan bertanggungjawab.

“Kelesuan ekonomi saat ini ketimbang negara jiran Indonesia dari segi pelaburan asing (FDI), serta angka-angka melibatkan KDNK negara, pertumbuhan ekonomi, kadar kemiskinan serta pengangguran mesti dicerakinkan, diperbetul dan diperkukuhkan.

“Saya menyeru rakyat supaya sedar dan menolak kelesuan ini serta bangkit menuntut perubahan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan.

Anwar berkata setiap hari negara dikejutkan dengan pelbagai perkara yang amat mendukacitakan dan membimbangkan.

Beliau menggariskan tujuh isu yang memerlukan Ismail Sabri menanganinya dan memberikan penjelasan. Isu berkenaan ialah:

  • Pertamanya isu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Badan Kehakiman Negara terkait Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali;
  • Kedua, isu melibatkan Mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002. Malaysia mesti mendapatkan keadilan bagi pihaknya sekiranya kita benar-benar melawan rasuah dan kebobrokan;
  • Ketiga, pendedahan terkini di mahkamah di New York, Amerika Syarikat yang menyentuh isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB);
  • Keempat, kes melibatkan Serba Dinamik serta Suruhanjaya Sekuriti;
  • Kelima, projek mega pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang dianugerahkan kepada konglomerat Digital Nasional Berhad (DNB) yang berpotensi untuk meledak seperti skandal 1MDB;
  • Keenam, kejatuhan parah matawang Ringgit Malaysia kerana hilang keyakinan terhadap dasar dan keupayaan kerajaan dalam mengemudi ekonomi; dan
  • Ketujuh berkaitan kos sebenar projek MRT yang kini mencecah RM60 bilion. Hal semasa terkait inflasi dan harga barang juga mesti ditangani dengan baik agar beban kepada rakyat dapat dikurangkan.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok