Ismail Sabri serah senarai Kabinet kepada Agong

August 26, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong hari ini menerima senarai anggota Kabinet baharu yang dipersembahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Istana Negara dalam kenyataan hari ini berkata sesi menghadap itu berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi tadi.

“Pada sesi menghadap itu Seri Paduka telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu,” kata Istana Negara.

Sesi menghadap hari ini adalah yang kali kedua bagi Ismail Sabri selaku Perdana Menteri. Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu.

Usai sesi menghadap, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada Perdana Menteri di Istana Abdulaziz.

Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
10 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
11 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
11 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
11 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok