Ismail Sabri sendiri bentang Bajet 2023, PRU amat hampir: Muhyiddin

August 27, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membentang sendiri Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan, bukannya Menteri Kewangan sebagaimana kebiasaan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan penutup Konvensyen PN 2020 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang hari ini.

Muhyiddin berkata, perkembangan itu dimaklumkan kepadanya oleh anggota Kabinet daripada PN, yang menjadi petanda bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) amat hampir.

Menurutnya Parlimen mungkin dibubarkan tahun ini juga sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan.

“Saya dimaklumkan oleh rakan kita dalam Kabinet bahawa Perdana Menteri nak bentangkan belanjawan. Biasanya belanjawan dibentang oleh Menteri Kewangan.

“Ia biasanya dibentangkan hujung Oktober, namun sekarang diawalkan ke 7 Oktober. Cuba tanya kenapa nak buat begitu.

“Saya yang tak berapa cerdik ini fikir, kemungkinan besar selepas belanjawan dibentang pada 7 Oktober, tak ada perbahasan belanjawan kerana esoknya Parlimen akan dibubarkan,” katanya menurut BH.

Semalam, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Profesor Madya Dr Azmi Hassan membuat jangkaan bahawa tarikh pembentangan Bajet 2023 adalah petanda kepada PRU-15 dan akan menjadi perkara penting dalam menentukan tarikh sebenar PRU.

“Lazimnya, tarikh belanjawan akan dianjakkan ke belakang tetapi kali ini ia dipercepatkan ke depan pula. Apabila ia dibentangkan, lulus atau tidak, PRU-15 tetap akan diumumkan.

“Jika tidak cukup majoriti meluluskan Bajet 2023, ia akan memudahkan lagi Perdana Menteri membuat keputusan. Sekali pun ia lulus, ia tidak akan menyekat Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen,” katanya.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok