Ismail Sabri bisik ‘mungkin tak perlu’ undi percaya, dakwa penunggu kerusi PM

September 4, 2021 · Isu semasa

Ketua pembangkang yang masih tidak puas hati setelah hasrat menduduki kerusi Perdana Menteri (PM) ke-9 kekal menjadi angan-angan, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahunya ‘mungkin tidak perlu’ diadakan undi percaya di Parlimen.

Memetik laporan FMT hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan membuat dakwaan itu pada Webinar kebersamaan UPKO dalam Perjuangan Pakatan Harapan malam tadi.

Menurut Presiden PKR itu ketika pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, baginda sendiri telah menyebut mengenai pelantikan PM yang dilakukan itu mesti disusuli dengan proses undi percaya di Parlimen.

FMT memetik Anwar sebagai berkata:

“Tetapi sampai hari ini, tiada petanda akan diadakan usul undi percaya, malah sejurus selesai pertemuan, Ismail Sabri Yaakob berbisik kepada saya ‘mungkin tak perlu’.

“Saya jawab ini bukan soal perlu tak perlu, ini soal keperluan dasar untuk menguruskan keabsahan kerajaan dan ini dititah oleh Agong dan dipersetujui ketua-ketua parti.”

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika merujuk pertemuannya dengan Ismail Sabri sehari sebelum Kabinet diumumkan. Pertemuan itu turut disertai Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di pejabat Perdana Menteri.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya PM ke-9 yang dilantik perlu segera mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengabsahkan jawatan beliau.

Istana Negara dalam kenyataan berkata:

“Perdana menteri yang telah dilantik oleh baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat majoriti ahli Dewan Rakyat.”

Agenda Daily sebelum ini melaporkan Presiden UMNO, Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri Najib Razak, Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki, apa lagi lah Ketua Wanita, Noraini Ahmad dan Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan serta Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan, semuanya diam tanpa mengulas mengenai undi percaya itu.

Sebaliknya, jika lah perkara ini – usul undi percaya tidak ada dalam aturan mesyuarat ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri – pastinya yang lantang bersuarat adalah pemimpin-pemimpin UMNO tersebut.

Baca lagi: Usul undi percaya tiada dalam aturan sidang Parlimen, apa UMNO kata?

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok