Ismail Sabri bidas dakwaan Zahid KKM manipulasi data Covid-19

April 20, 2021 · Isu semasa

Dakwaan yang mengatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanipulasi jumlah jangkitan Covid-19 adalah tidak berasas, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, dakwaan itu tidak timbul kerana KKM menerima laporan daripada jabatan kesihatan negeri berhubung semua kes yang ada kaitan dengan Covid-19, termasuk kes positif dan kematian.

“Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat laporan (manipulasi) kes Covid-19 ini,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan KKM memanipulasi jumlah kes positif Covid-19.

Ismail Sabri berkata, peningkatan kes Covid-19 sekarang ini tidak hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Beliau sekali lagi mengingatkan sebarang dakwaan tidak benar mengenai isu Covid-19 boleh dikenakan tindakan oleh pihak polis.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan angka dan statistik kes Covid-19 yang meningkat itu mungkin sengaja diada-adakan untuk mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat.

“Kita melihat kes sudah mencecah lebih 2,000 sehari. Adakah akan dibiarkan sehingga 5,000 hingga 6,000 kes sehari? Atau juga tiada kes tetapi diberitahu jumlahnya tinggi sekaligus menggusarkan orang ramai? Saya hanya bertanya dan tidak sesekali menuduh.

“Al-maklumlah Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi manakala Proklamasi Darurat hanya berbaki empat bulan. Mungkin juga akan dijadikan modal untuk memanjangkan tempoh darurat. Biasalah…,” kata Zahid.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok