Ismail Sabri bersetuju sidang khas Parlimen bahas bencana banjir

January 6, 2022 · Isu semasa

Satu sidang khas Parlimen yang dicadangkan sebelum ini bagi membahaskan isu banjir akan diadakan pada 20 Januari nanti, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata sidang tersebut akan diadakan bagi mencari jalan penyelesaian dan langkah-langkah terbaik yang perlu diambil bagi menangani kesusahan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

“Mendalami kesusahan rakyat yang terkesan ekoran bencana banjir, satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan diadakan.

“Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Jelas Ismail Sabri, sidang tersebut akan menjadi platform untuk semua pihak membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

“Pelaksanaan Mesyuarat Khas ini telah disembah maklum dan mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mesyuarat Khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir.

“Sesi ini juga adalah platform terbaik untuk ahli-ahli parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir,” katanya lagi.

Pada 20 Dis, sebelum penangguhan Dewan Rakyat, beberapa Ahli Parlimen (MP) di kedua-dua belah pihak telah membangkitkan isu mengenai banjir dan usaha menyelamat serta bantuan yang sedang dijalankan.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun Idrus enggan menerima usul berkenaan dan dilaporkan berkata terdapat perkara lain yang dijadualkan untuk dibahaskan.

Azhar juga menegaskan bahawa mengikut peraturan tetap, seorang menteri perlu mengambil inisiatif untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu dan memberi notis kepada speaker.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang menggesa agar kerajaan mengadakan sidang khas parlimen bagi membincangkan isu banjir yang dihadapi rakyat sekarang.

MP pembangkang juga mendakwa kerajaan tidak berkesan menguruskan bencana serta bersikap acuh tidak acuh.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok