Islamofobia di India beri kesan negatif kepada ASEAN: Saifuddin

June 20, 2022 · Isu semasa

Islamofobia di India boleh memberi kesan negatif di rantau Asia Tenggara dan di tempat lain, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau menegaskan bahawa negara-negara ASEAN mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang besar dan insiden Islamofobia di tempat lain boleh memberi kesan kepada rantau itu kerana berita tersebar dengan pantas pada masa kini.

“Perkara yang berlaku di India boleh memberi kesan. Jika kita tidak berhati-hati, ia boleh mencetuskan reaksi. Kita tidak mahu itu berlaku,” katanya.

Saifuddin berkata terdapat keperluan untuk menggalakkan persefahaman antara penganut yang berbeza agama dan mencadangkan Malaysia dan India bertindak ke arah itu di platform yang sama.

Beliau berkata Malaysia dan India harus bekerjasama dalam isu itu demi kepentingan hubungan sekian lama mereka, dan berhati-hati agar insiden seperti komen yang menghina Nabi Muhammad (SAW) yang dibuat oleh dua wakil parti pemerintah India baru-baru ini tidak berulang.

“Malaysia harus proaktif dalam menangani isu itu. Adalah lebih baik jika kita menangani isu itu bersama-sama dengan India,” Saifuddin memberitahu Bernama dalam temu bual semasa lawatannya ke India pada 15-17 Jun sempena Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-India.

Malaysia adalah antara beberapa negara Islam yang membuat bantahan rasmi kepada India atas kenyataan yang menyinggung perasaan itu.

Berita berkaitan
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok