IP beri isyarat ekonomi negara semakin mengukuh

April 23, 2021 · Isu semasa

Indeks Pelopor (IP) memberi isyarat bahawa Malaysia menuju ke arah ekonomi yang semakin mengukuh dalam tempoh beberapa bulan akan datang, lapor Bernama pada Jumaat.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, IP Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif pada Februari 2021 daripada tahun sebelumnya.

Katanya, kenaikan 8.5 peratus kepada 111.2 mata pada bulan rujukan daripada 102.5 mata pada Februari 2020 didorong oleh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia, yang mencerminkan pertumbuhan Indeks Penjagaan Kesihatan, Indeks Pengangkutan & Logistik dan Indeks Utiliti.

“Perubahan bulanan IP menunjukkan trend yang sama dengan mencatatkan 1.1 peratus pada bulan tersebut, disumbangkan terutamanya oleh prestasi yang lebih baik dalam Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain (0.6 peratus) dan Bilangan Syarikat Baru Didaftar (0.6 peratus),” katanya dalam kenyataan mengenai Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Februari 2021, hari ini.

IP adalah alat yang digunakan untuk menjangka kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Mohd Uzir berkata, kadar pertumbuhan IP terlicin adalah konsisten di atas trend dan bergerak ke atas yang selaras dengan pelaksanaan inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), bersama dengan suntikan fiskal baharu untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh rakyat, mengukuhkan semula pertumbuhan ekonomi dan merancakkan aktiviti perniagaan.

“Seterusnya, pelaksanaan program vaksinasi yang dipercepat sangat penting untuk meningkatkan sentimen optimis dan sekali gus memulihkan ekonomi,” katanya.

Sementara itu, katanya Indeks Serentak (IS) yang mencerminkan keadaan keseluruhan ekonomi semasa, meningkat 3.1 peratus bulan ke bulan berbanding negatif 0.4 peratus pada Januari 2021.

“Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan ketara dalam Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (1.7 peratus). Secara tahunan, pertumbuhan IS lebih baik kepada negatif 2.0 peratus daripada negatif 2.2 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, pada Februari 2021, kebanyakan perniagaan dibenarkan untuk meneruskan operasi di bawah pematuhan ketat dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023· Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023· Politik
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023· Isu semasa
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
June 1, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok