Intipati RUU biaya politik perlu dirangka peringkat Pusat, negeri

September 25, 2022 · Isu semasa

Intipati Rang Undang-undang (RUU) Pembiayaan Politik perlu dirangka pada peringkat Pusat dan negeri, supaya penyaluran dana untuk Pilihan Raya Umum (PRU) dan negeri (PRN) lebih telus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) telah diarahkan untuk memasukkan kewujudan pentadbiran yang mengawal selia sumbangan politik di setiap negeri, sebagai salah satu parameter skop dan dasar yang digariskan dalam RUU itu.

“GIACC telah merangka, tetapi apabila dibentang di peringkat Jemaah Menteri, mereka kata pihak negeri perlu juga diwujudkan pusatnya sendiri, kerana peringkat negeri berasingan dengan pusat.

“Saya dah ada garis masanya, jadi saya boleh meminta pegawai saya serta Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan perkara ini mengikut garis masa yang ditetapkan.

“Maknanya kita tak mahu lagi dana ini disimpan atau disorok di tempat tertentu, kerana dana yang disumbang kepada pihak tertentu (perlu) melalui satu tabung yang ditadbir pihak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis Regatta Batang Kayan di Tebingan Sungai Lundu, hari ini.

Wan Junaidi yakin RUU itu akan mendapat sokongan kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang ketika ia dibentang di persidangan Dewan Rakyat November ini.

Dalam kenyataannya semalam, Wan Junaidi berkata sesi libat urus bersama wakil Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan diadakan pada 28 Sept ini di Parlimen, bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi Rang Undang-Undang Sumbangan Politik yang sedang digubal.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Santubong itu berkata kerajaan perlu menaik taraf kemudahan jalan raya berkembar di kawasan sempadan Sarawak-Indonesia susulan pembinaan ibu negara Indonesia baharu, Nusantara, yang terletak di Kalimantan Timur.

Katanya kemudahan jalan berkembar akan meningkatkan kemasukan pelancong dari negara jiran, sekali gus menyumbang kepada ekonomi warga tempatan.

“Perkara ini dibangkitkan dalam Mesyuarat Kabinet kerajaan pusat baru-baru ini yang menggesa agar kerajaan meningkatkan jalan dual carriageway pergi ke sempadan (Malaysia-Indonesia), seperti di Tebedu dan Biawak dalam tempoh dua ke tiga tahun akan datang,” katanya. – Bernama

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022· Politik
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022· Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
December 2, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
27 minit lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
16 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok