Insulet Corporation rancang pelaburan ‘besar’ di Malaysia

May 12, 2022 · Isu semasa

Peneraju global dalam teknologi pam insulin tanpa tiub, Insulet Corporation merancang untuk mewujudkan kemudahan pengurusan insulin di Johor pada 2 Jun 2022 dengan jumlah pelaburan “yang besar”, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata fasa awal pelaburan itu dijangka mewujudkan kira-kira 500 pekerjaan berkemahiran tinggi dan berkualiti untuk tenaga kerja tempatan.

“Kejayaan pelaburan ini bukan hanya pada pelaburan modal, tetapi juga untuk membantu membina ekosistem rantaian bekalan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita,” katanya kepada Bernama di luar majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini pada Rabu.

Azmin kini dalam Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) selama 10 hari di Amerika Syarikat (AS) sejak 8 Mei manakala Ismail Sabri tiba di sini pada Selasa untuk lawatan kerja selama empat hari, termasuk menemui Presiden AS Joe Biden dan pemimpin ASEAN.

Katanya Insulet mempunyai pelan pelaburan jangka panjang di Malaysia berikutan ia melihat Malaysia sebagai hab pembuatan peranti perubatan untuk memenuhi permintaan bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga dari rantau ini dan pasaran eksport lain.

Beliau berkata “pengumuman penting” akan dibuat pada 2 Jun sempena pelancaran kemudahan baharu itu di Johor.

Insulet merupakan syarikat peranti perubatan yang inovatif mengeluarkan Omnipod, peranti automatik yang digunakan untuk pesakit diabetes menggunakan insulin.

Terdahulu pada Rabu, Azmin mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Operasi Insulet Charles Alpuche.

Dalam tweeter beliau, Azmin berkata keputusan Insulet memilih Malaysia adalah berdasarkan tenaga kerja Malaysia dan akses ke pelabuhan yang amat baik untuk menyokong rantaian bekalannya.

“Insulet telah menyatakan minatnya untuk membangunkan ekosistem tempatan dan memajukan lagi program pemindahan pengetahuan melalui kerjasama dengan universiti dan pihak berkepentingan industri lain untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula tenaga kerja tempatan.

“Saya menyatakan kepada Insulet bahawa Malaysia amat menghargai peluang ini dan berharap untuk berkembang bersama-sama dengan mereka,” katanya dalam tweeter.

Katanya pelaburan Insulet akan membuka peluang yang luas untuk Malaysia, terutamanya dalam memacu permintaan bagi bahagian dan komponen tempatan untuk pengeluar peranti perubatan.

“Malah, Alpuche memaklumkan kepada saya bahawa Omnipod terdiri daripada 72 komponen dan mereka akan menyumber luar beberapa komponen kepada vendor tempatan di Malaysia.

“Ini akan membuka pintu kepada kemungkinan yang besar untuk vendor tempatan kita disepadukan dalam rantaian bekalan global industri ini,” menurut beliau dalam tweeter.

Dalam tweet berasingan, Azmin berkongsi bahawa beliau telah mengadakan pertemuan berasingan dengan Boston Scientific Corporation, peneraju dalam sektor peranti perubatan pada Rabu.

“Sejak kehadirannya di Malaysia pada 2015, Boston Scientific terus berkembang, memperkasakan industri perubatan tempatan melalui kerjasama strategik usaha pembangunan vendor tempatan dan program pembinaan kapasiti.

“Dengan kesihatan semakin penting dalam dunia pasca pandemik, kehadirannya di Malaysia akan terus memberi impak positif kepada pembangunan industri peranti perubatan kita, terus menambah nilai kepada ekosistem,” katanya dalam tweeter.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok