Insentif tingkat kemampanan fiskal negara diumum ketika Bajet 2023

July 26, 2022 · Isu semasa

Kemampanan fiskal negara akan terus menjadi fokus Kementerian Kewangan dan beberapa insentif bagi mencapai agenda tersebut dijangka akan diumum dalam Bajet 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata untuk menangani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas, kerajaan terus melaksanakan pemberian subsidi sedia ada terutamanya subsidi kepenggunaan yang meliputi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung, elektrik, ayam dan telur serta pelbagai bantuan sosial seperti bantuan kebajikan masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia.

Jumlah keseluruhan subsidi dan bantuan sosial dijangka menghampiri RM80 bilion bagi 2022 yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah, katanya.

“Ia adalah satu keputusan yang cukup besar (dalam menentukan pemberian subsidi secara bersasar atau pukal), Kementerian Kewangan meneliti sepenuhnya dan membuat libat urus sebaik mungkin.

“Insya Allah dalam masa yang terdekat, semasa Bajet 2023, kita mungkin akan mengumumkan perkara-perkara yang akan beri kemampanan kepada fiskal negara,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Salim Mohd Sharif (BN-Jempol) yang ingin tahu mengenai kajian peruntukan subsidi kerajaan, sama ada ia akan dilakukan secara bersasar atau pukal.

Mohd Shahar berkata bajet 2022 dirangka berdasarkan harga minyak mentah pada paras US$66 setong. Terkini, harga minyak mentah melebihi US$100 setong yang mana peningkatan setiap US$1 setong akan memberi impak kepada peningkatan hasil sebanyak lebih kurang RM300 juta.

“Namun, disebabkan dasar sedia ada yang ingin membantu rakyat, kita wujudkan harga siling (RON95) pada kadar RM2.05 seliter, yang mana kita terpaksa menampung lebih kurang RM600 juta (subsidi minyak).

“Betul terdapat kenaikan pada harga minyak mentah brent dan harga minyak sawit mentah (di pasaran dunia) …tetapi kita peroleh hanya RM10 bilion hasil daripada kenaikan ini. Kita masih perlu tambah RM40 billion (subsidi),” katanya.

Selain itu, Mohd Shahar berkata kerajaan turut melaksanakan langkah untuk membendung peningkatan kos sara hidup isi rumah antaranya melalui penetapan harga siling bagi produk barangan makanan tertentu serta meneruskan usaha menambah pengeluaran dan produktitivi hasil pertanian tempatan.

Kerajaan akan terus memantau faktor-faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik dalam memastikan kos sara hidup rakyat terkawal, ujar beliau. – Bernama

Berita berkaitan
MP PH kata lantik Nurul Izzah salah dari segi moral
January 30, 2023· Isu semasa
Penasihat ekonomi wajib ada latar belakang ekonomi, CME bidas Anwar
January 30, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023· Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
9 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
10 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
10 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
18 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok