Inisiatif tarik pelabur berhasil, dana ditarik Penjana Kapital cecah RM676 juta

May 19, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM676 juta jumlah pelaburan berjaya ditarik Penjana Kapital dan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan itu mula membuahkan hasil selepas RM372 juta atau 55 peratus pelaburan datang daripada pelabur asing khususnya Hong Kong dan Korea Selatan.

Syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan Program Dana Penjana Nasional (DPN) itu menyifatkan kejayaan itu hasil daripada lapan pengurus dana modal teroka (VC) Malaysia yang dipilih sebagai sebahagian daripada program padanan ‘fund-of-fund’.

“Pengumpulan dana sebanyak RM676 juta telah melebihi sasaran awal kutipan sebanyak RM448 juta ataupun hampir 200% daripada sasaran awal RM228 juta. Daripada jumlah tersebut, lapan pengurus dana VC akan memulakan pelaburan awal sebanyak RM110.15 juta dalam lapan syarikat pemula niaga.

“Daripada RM676 juta yang dikumpul, lapan VC itu pada mulanya akan melabur sejumlah RM110.15 juta dalam lapan syarikat permulaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penjana Kapital, yang ditubuhkan di bawah Menteri Kewangan Inc berkata kesemua lapan syarikat pemula niaga itu mempunyai kehadiran di sekurang-kurangnya dua negara ASEAN.

Lima adalah syarikat pemula niaga yang berpangkalan di Malaysia manakala tiga lagi adalah syarikat asing yang komited untuk menubuhkan operasi di negara ini dan telah pun menjalinkan kerjasama dengan syarikat korporat Malaysia, katanya.

Selain daripada komitmen untuk mencapai sasaran kadar pulangan dalaman (“IRR”) antara 15 peratus hingga 30 peratus, kesemua pengurus dana VC tersebut turut memberi komitmen bagi mewujudkan hampir 1,400 pekerjaan berkemahiran tinggi daripada pelaburan awal mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada lapan VC itu, sambil berkata dana ini amat penting untuk merangsang ekosistem syarikat pemula niaga negara dan menggalakkan inovasi, khususnya dalam menghadapi cabaran COVID-19.

“Saya juga mengalu-alukan kedatangan pelabur asing ke Malaysia, yang nyata mencerminkan keyakinan mereka terhadap prospek pertumbuhan Malaysia serta industri syarikat pemula niaga. Saya berharap Penjana Kapital, pengurus dana VC dan syarikat yang dilabur akan terus berjaya mengorak langkah di dalam industri ini, di samping berkongsi pengetahuan selain menjana peluang pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia”.

DPN, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), bertujuan untuk merapatkan jurang pembiayaan dengan memberi insentif kepada modal swasta bagi memudahkan pertumbuhan pemula niaga termasuk mengadakan persekitaran yang membolehkan syarikat pemula niaga untuk meningkatkan dan berkembang di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Malaysia akan memadankan sehingga RM600 juta, pada kadar padanan 1:1, dana yang dijana oleh pengurus dana VC daripada pelabur swasta tempatan dan asing, dengan sasaran peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

Berita berkaitan
Emas ketiga berjaya dimenangi Azizulhasni di Hong Kong
May 28, 2023· Isu semasa
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023· Dunia
Malaysia akan permudahkan proses perniagaan untuk tarik pelabur berkualiti: Tengku Zafrul
March 15, 2023· Isu semasa
Polis jumpa tisu mayat model dalam periuk sup, kepala masih hilang
February 26, 2023· Dunia
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok