Inisiatif peranti siswa disusun semula, tender baharu dibuka

May 28, 2022 · Isu semasa

Kerajaan membuka semula tender membekalkan peranti kepada siswa bagi penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada golongan B40.

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata inisiatif berkenaan dijadualkan semula dan semua pelajar dijangka menerima bantuan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula Julai depan.

Sebelum ini, katanya timbul pelbagai dakwaan apabila Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ditangguhkan sehingga menyebabkan program berkenaan perlu dikaji semula dan tidak akan dilaksanakan sama sekali.

Menurutnya semua permohonan sedang diteliti oleh jawatankuasa pada peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai kementerian pelaksana bagi program inisiatif berkenaan.

“Sebelum ini kita menjangka sekiranya pembekal dapat membekalkan peranti pada bulan Mei tanpa sebarang masalah, maka pada bulan Jun kita akan mula mengagihkan kepada pelajar yang layak.

“Bagaimanapun ketika ini kita berdepan dengan masalah tender dan ia (tender) baru dibuka semula. Kita jangka sebelum pertengahan Jun, pemilihan tender dapat diselesaikan dan diputuskan, sekali gus pada bulan Julai kita akan mula mengagihkan tablet kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Komuniti Keluarga Malaysia dan Rakyat Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala, di sini hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata permohonan secara dalam talian bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia sudah dibuka bermula 15 April hingga 15 Mei bagi fasa pertama dan ia menerima kira-kira 100,000 permohonan dan ia kini sedang ditapis oleh jawatankuasa

“Oleh kerana proses tender semula perlu dilakukan dengan beberapa perubahan yang lebih kemas kepada syarat-syarat tender maka sedikit masa diperlukan oleh jawatankuasa berkenaan untuk memperincikan tender,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu akan diperluaskan kepada pelajar Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia daripada kalangan B40 selain pelajar di bawah institusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Ini adalah disebabkan kita mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk memberi peranti percuma kepada jumlah penuntut yang lebih ramai,” katanya.

Berita berkaitan
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu· Isu semasa
Annuar Musa sahkan mohon masuk PAS
May 20, 2023· Politik
Surat tender tular, Nik Nazmi buat laporan polis
May 20, 2023· Politik
Subsidi untuk orang kurang mampu : Ahmad Maslan
May 19, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Bijak bezakan peranan parti politik dan kerajaan
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok