Ini amanah berat perlu digalas, kata Ismail Sabri selepas dilantik TPM

July 7, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepercayaan melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini, beliau berkata pelantikan itu bukan sesuatu yang istimewa sebaliknya ia adalah amanah dan tanggungjawab berat terutama ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19 dan sedang berusaha untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan ini. Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas pelantikan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Pada masa yang sama, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti,” katanya.

Ismail Sabri turut berterima kasih kepada Ahli-Ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin parti politik dan seluruh rakyat Malaysia.

“Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara,” katanya.

Beliau juga mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Menteri Kanan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, lantikan tersebut dibuat bagi membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Ismail Sabri akan mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Pertahanan dan Hishammuddin juga kekal portfolio sama sebagai Menteri Kanan Luar Negeri tetapi kini diberi tanggungjawab menjaga Kluster Keselamatan.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok