Ingatkah Anwar ketika Sultan Kelantan ampun, bebas penjara kes liwat?

March 3, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya mengenang semula jasa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong dan memberi pengampunan kepadanya hingga dibebaskan daripada penjara atas tuduhan liwat.

Peringatan itu diberikan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary ketika mengulas keengganan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) memberi royalti minyak sebanyak lima peratus kepada Kelantan dan Terengganu.

Ahmad Marzuk yang membahas Bajet 2023 di Dewan Rakyat semalam berkata Sultan Muhammad V ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membebaskan Anwar yang ketika itu dipenjarakan atas kesalahan liwat.

Justeru, Anwar wajar menjunjung titah Sultan Muhammad V yang mahu tuntutan bayaran petroleum kepada Kelantan dapat ditunaikan mengikut perjanjian yang ditandatangani.

“Kawasan joint-development area, sebuah kawasan perlombongan petroleum di kawasan bertindih dengan Thailand jaraknya dengan pantai Bachok hanya 145 kilometer.

“Tetapi keputusan kerajaan pada 1996 yang mana Tambun (Anwar Ibrahim) sebagai menteri kewangan ketika itu telah melarikan pendaratan ke Songkhla, jaraknya 230 kilometer.

“Kalau hendak mengangkat martabat Melayu, Melayu ada mana di Songkhla? Kalau hendak menoktahkan miskin tegar, sepatutnya ia didaratkan di Bachok,” katanya.

Anwar dibebaskan selepas mendapat pengampunan diraja, sejurus setelah Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14, pada 2018 lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk juga berkata Sultan Muhammad V pernah menitahkan agar hasil bumi itu dapat didaratkan di Kelantan yang telah menyiapkan zon industri petroleum di Pantai Bachok sejak 1990.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerajaan PH-BN, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum kerana negeri tersebut hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika, menurut Akta Laut Wilayah 2012.

Berita berkaitan
Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?
March 15, 2023· Isu semasa
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023· Isu semasa
Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi
March 10, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol tak turun, kekal paras lama
March 8, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok