Inflasi meningkat pada Jun 3.4 peratus, harga makanan naik penyumbang utama

July 22, 2022 · Isu semasa

Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.4 pada Jun 2022 berbanding 123.2 pada Jun 2021, melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga Jun 2022 sebanyak 1.9 peratus.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indeks makanan meningkat 6.1 peratus dan kekal sebagai penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan tersebut, lapor Bernama.

“Semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan kenaikan dan mendorong inflasi keseluruhan kepada 3.4 peratus.

“Pengangkutan meningkat 5.4 peratus diikuti restoran dan hotel (5.0 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.2 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata semua subkumpulan bagi makanan dan minuman bukan alkohol menunjukkan peningkatan antara 2.8 peratus hingga 11.9 peratus.

Dalam pada itu, komponen makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing naik 6.1 peratus dan 6.6 peratus yang mendorong kenaikan inflasi makanan, katanya.

Antara makanan di luar rumah yang menunjukkan kenaikan adalah roti canai (+10.5 peratus), nasi berlauk (+9.7 peratus), masakan daging (+7.8 peratus) dan makanan berasaskan mi (+7.0 peratus).

“Ayam yang mempunyai wajaran terbesar dalam subkumpulan daging (46.1 peratus) meningkat 17.2 peratus berbanding peningkatan 13.4 peratus pada Mei 2022.

“Purata harga ayam mentah pada Jun 2022 menokok kepada RM10.02 sekilogram berbanding RM8.55 pada Jun 2021,” katanya sambil menambah bahawa peningkatan tersebut adalah selari dengan kenaikan input pengeluaran makanan dunia seperti jagung, gandum dan kacang soya — komposisi terbesar penyediaan dedak ayam.

Inflasi meningkat 2.8 peratus tahun ke tahun kepada 126.6 bagi suku kedua 2022 dan menokok 2.5 peratus tahun ke tahun pada enam bulan pertama 2022.

Mohd Uzir menjelaskan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Putrajaya pada 8.1 peratus, manakala Labuan dan Melaka merupakan dua negeri yang merekodkan peningkatan paling rendah, masing-masing sebanyak 2.5 peratus.

Berita berkaitan
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi
October 13, 2023· Isu semasa
Sampai bila rakyat nak kena ikat perut bila harga barang naik? soal Gerakan
July 12, 2023· Politik
Harga dijangka naik Ogos, Fahmi kata Nujum Pak Belalang ke?
July 10, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok