Inflasi Malaysia melonjak 4.4 peratus pada Julai

August 29, 2022 · Isu semasa

Inflasi Malaysia meningkat 4.4 peratus kepada 127.9 pada Julai 2022 berbanding 122.5 pada bulan yang sama pada tahun sebelumnya, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata Indeks Makanan yang meningkat 6.9 peratus kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi pada bulan itu, menurut Bernama.

“Peningkatan inflasi Malaysia pada bulan itu turut disebabkan oleh kesan asas yang lebih rendah pada tahun lalu berikutan pemberian diskaun bil elektrik dari lima hingga 40 peratus mengikut jumlah penggunaan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Julai hingga September 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat item makanan yang menunjukkan momentum peningkatan yang lebih perlahan berbanding Jun 2022. Antaranya ialah subkumpulan Ikan dan Makanan Laut (4.2 peratus) dan Sayur-sayuran (7.1 peratus).

Selain daripada kumpulan makanan, Mohd Uzir berkata kesemua kumpulan lain juga terus merekodkan peningkatan kecuali komunikasi yang kekal tidak berubah berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Restoran dan hotel meningkat 5.8 peratus diikuti Pengangkutan (5.6 peratus); Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (4.0 peratus) serta Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (3.8 peratus).

Sementara itu, Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 2.5 peratus, Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.1 peratus) dan Pendidikan (1.2 peratus).

Inflasi bagi tempoh Januari hingga Julai 2022 meningkat 2.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Bagi perbandingan bulanan, inflasi meningkat 0.4 peratus berbanding Jun 2022.

Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh Restoran dan Hotel (0.8 peratus) serta Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (0.7 peratus). Ini diikuti Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (0.6 peratus) dan Pengangkutan (0.5 peratus).

Inflasi teras dan inflasi tanpa bahan api, masing-masing mencatatkan peningkatan 3.4 peratus dan 4.2 peratus pada Julai 2022 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Kesemua negeri menunjukkan peningkatan dalam inflasi dengan tiga negeri meningkat melepasi paras inflasi nasional 4.4 peratus.

Berita berkaitan
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
13 minit lalu· Politik
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS, menghampiri RM4.70
17 jam lalu· Isu semasa
Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus
September 28, 2022· Isu semasa
Bajet 2023 Malaysia dijangka lebih mengutamakan rakyat: Bank Dunia
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
26 minit lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
32 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
1 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
2 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok