Inflasi himpit Malaysia: PM mahu ‘tunggu masa sesuai’ adakan PRU

May 31, 2022 · Isu semasa

Dengan Malaysia menghadapi peningkatan inflasi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan bahawa beliau tidak akan tergesa-gesa mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Ini bertentangan dengan spekulasi bahawa PRU-15 mungkin diadakan sebelum 2022 berakhir.

Dalam satu temu bual dengan Nikkei Asia yang diterbitkan hari ini, beliau memberitahu bahawa kenaikan kos dalam perbelanjaan makanan dan sara hidup lain adalah antara sebab untuk menolak PRU diadakan lebih awal.

PRU sepatutnya perlu dipanggil menjelang September tahun depan.

“Kita perlu menunggu masa yang sesuai (untuk mengadakan PRU). Kita sedang menghadapi tempoh inflasi yang meningkat dengan harga yang tinggi… adakah anda rasa ini masa yang sesuai?,” katanya kepada akhbar kewangan Jepun, yang terbesar di dunia dengan edaran harian melebihi tiga juta.

Menurut laporan itu, Ismail Sabri mendapat tekanan daripada UMNO, partinya sendiri supaya mengadakan PRU lebih awal.

“Pilihan raya tidak boleh dilengahkan daripada garis masa yang ditetapkan dalam Perlembagaan… tetapi untuk mengadakannya lebih awal, kita kena lihat keadaan semasa.

“Insya-Allah, saya akan bergerak (adakan PRU-15) pada masa yang sesuai,” Perdana Menteri dipetik sebagai berkata.

Ismail Sabri merujuk kepada perang Russia-Ukraine yang menaikkan Indeks Harga Pengguna kepada 2.2 peratus pada Mac lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia – kebanyakannya disebabkan peningkatan kos makanan.

Dalam temu bual dengan Nikkei, Naib Presiden UMNO itu juga menyatakan bahawa beliau bercadang untuk memperkenalkan semula cukai penggunaan bagi menambah hasil kerajaan dan mengurangkan beban subsidi awam.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 6 peratus yang menjadi kontroversi di Malaysia diperkenalkan pada 2016 oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tetapi digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) oleh Pakatan Harapan yang mengambil alih kuasa selepas memenangi PRU-14.

Menyedari persepsi negatif masyarakat terhadap GST, Ismail Sabri memberitahu Nikkei Asia bahawa tidak banyak pilihan untuk meningkatkan pendapatan.

Nikkei memetik beliau sebagai berkata bahawa hasil tahunan sebanyak RM20 bilion hilang apabila GST dimansuhkan dan digantikan dengan SST.

“Tiada negara di dunia yang telah kembali daripada GST kepada SST, kecuali Malaysia,” katanya.

Beliau menambah bahawa kerajaan akan mencari cara terbaik untuk mendidik orang ramai supaya menerima semula GST dan kutipan cukai yang telus.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa pentadbirannya sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi yang disasarkan untuk isi rumah berpendapatan rendah hingga sederhana dan akan membentangkan pelan itu kepada Kabinet dalam masa yang ditetapkan.

Nikkei Asia melaporkan bahawa bank pusat Malaysia menyokong langkah memperkenalkan semula GST kerana ia akan meringankan beban kewangan kerajaan.

Akhbar itu menambah bahawa perang Eropah yang berpanjangan boleh melonjakkan lagi harga bahan api dan barangan makanan yang diimport, sekali gus menghimpit kewangan kerajaan.

Menurut Nikkei, jumlah subsidi bahan api kerajaan dijangka RM28 bilion tahun ini, meningkat daripada RM11 bilion tahun lepas.

Berita berkaitan
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu· Isu semasa
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
2 jam lalu· Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
8 jam lalu· Politik
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
11 jam lalu · Isu semasa
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok