Industri setuju turunkan harga minyak masak secara berperingkat: Annuar

July 14, 2022 · Isu semasa

Pemain industri minyak sawit secara dasarnya bersetuju membuat pelarasan bagi menurunkan harga secara berperingkat berasaskan harga pasaran minyak sawit mentah semasa, kata Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Melawan Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihak industri berkenaan telah bersetuju dengan syor Pasukan Jihad Tangani Inflasi mengenai penurunan harga yang dijangka dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, lapor Bernama.

“Yang penting secara prinsip pihak industri bersetuju untuk bekerjasama dengan jawatankuasa bagi penurunan harga minyak masak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi siri ketiga, di sini hari ini.

Annuar berkata ia merupakan perkembangan yang baik dan satu contoh bagaimana semua pihak dapat mewujudkan kerjasama bersepadu yang akhirnya rakyat dan pengguna akan mendapat hasil daripada persefahaman itu.

Menurutnya Pasukan Jihad Tangani Inflasi telah mengadakan sesi libat urus dengan pemain utama industri minyak masak kelapa sawit merangkumi syarikat pengilang, pembekal dan pembungkus minyak masak pada Selasa (12 Julai).

Berhubung kegiatan penyeludupan minyak masak, Annuar berkata terdapat banyak maklumat diterima pihaknya mengenai perkara itu, dan beliau menegaskan bahawa pihak penguat kuasa tidak akan berkompromi dengan salah laku terbabit.

“Kita sedang buat pemantauan (terhadap) beberapa lagi rangkaian penyeludup. Jadi jangan pihak yang menjalankan aktiviti penyeludupan merasakan mereka (penguat kuasa) terlepas pandang, kita beri jaminan pihak penguat kuasa akan meneruskan tindakan mereka,” katanya yang turut menyeru orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai penyelewengan minyak masak.

Mengenai kos sara hidup di institusi pengajian tinggi (IPT), Annuar berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang merangka pelbagai rancangan bagi menangani isu kos sara hidup siswa di kampus, selain melaksanakan inisiatif harga sajian makanan yang rendah bagi mereka, serendah RM3.50 sepinggan.

Menurutnya hasil pertemuan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dengan semua pentadbir universiti, pelbagai langkah sedang dirangka untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar bukan sahaja dari sudut bekalan makanan harian, tetapi juga berkaitan kos penginapan, pengangkutan dan yuran.

“Ini juga satu lagi bukti yang menunjukkan apabila ada permuafakatan dan kerjasama, usaha untuk mengekang kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup sebenarnya sangat boleh dilakukan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan belum putuskan ubah peraturan sekat eksport ayam
14 jam lalu· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
Langkah terbaik PN bertemu PM bagi bincang isu berbangkit: Annuar
July 30, 2022· Politik
Kini Khaled sokong langkah kerajaan PN potong gaji menteri sebelum ini
July 26, 2022· Politik
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
4 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
9 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
17 minit lalu · Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
24 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok