Industri perfileman negara berpotensi disemarakkan: Annuar

August 25, 2022 · Isu semasa

Industri perfileman negara mempunyai potensi yang besar dan harus disemarakkan melalui penerbitan filem secara kerjasama antara pemain industri tempatan dengan penggiat industri antarabangsa yang lebih berpengalaman, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, langkah itu akan mampu mempercepatkan nama industri perfileman negara diangkat ke pentas global.

“Kita tidak boleh berasa cukup dengan keadaan seperti biasa. Kita perlu terima hakikat dan realiti yang industri kreatif terutamanya perfileman mempunyai potensi yang sangat besar” katanya pada tayangan khas filem “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa” di ibu negara, malam tadi.

Menurut Annuar jalan cerita sesebuah filem juga harus memastikan ianya dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat dalam memperluaskan pasaran filem itu.

“Kita satu Keluarga Malaysia. Besarkanlah pasaran bukan sahaja mengikut segmen kaum supaya kita dapat pasaran yang lebih besar,” katanya.

Menurut Annuar , K-KOMM akan mengusahakan apa sahaja untuk memajukan industri perfileman negara termasuk melakukan beberapa perubahan dasar sekiranya diperlukan.

“Saya berharap Menteri Kewangan dalam belanjawan akan datang ada beberapa pengumuman tertentu untuk dijadikan pemangkin atau ‘catalyst’ kepada industri perfileman dan industri kreatif,” katanya.

Mengenai tayangan hari ini, Annuar berkata filem berkenaan adalah unik kerana penonton berpeluang menyaksikan aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia dan berjaya melahirkan semangat patriotisme secara kreatif.

“Dalam filem, selain daripada hiburan, yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
UMNO Ketereh lumpuh selepas ahli umum keluar parti, termasuk anak Annuar
August 4, 2023· Politik
Zahid jangan jadi kacang lupakan kulit, Tun Faisal dedah jasa Annuar pulihkan UMNO
August 4, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok