Industri halal perkukuh PPN, ekonomi negara: PM

September 9, 2021 · Isu semasa

Industri Halal Malaysia memainkan peranan utama dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana pemulihan industri ini amat penting kepada ketahanan keseluruhan ekonomi negara yang majoritinya beragama Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menegaskan PPN yang terdiri daripada empat fasa progresif merupakan pelan dinamik yang akan dikemas kini dan diperbaharui sekiranya perlu berdasarkan kepada data terbaru dan bukti saintifik strategi dan pendekatan yang berjaya, dengan hasrat penyambungan semula aktiviti ekonomi sepenuhnya dicapai menjelang akhir tahun.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada acara Persidangan Perniagaan Halal Dunia 2021 (WHBC 2021) yang diadakan secara maya hari ini.

Memetik Bernama, Perdana menteri berkata sejak tahun lepas, negara telah berjuang untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan rakyat dan memastikan ekonomi terus berdaya tahan.

“Langkah sekatan pergerakan oleh negara telah menjejaskan operasi banyak perniagaan, mengganggu rantaian bekalan dan mengancam kelangsungan perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana yang mengakibatkan sejumlah besar kehilangan pekerjaan,” kata Ismail Sabri.

Bagaimanapun, beliau menyedari yang kemajuan Revolusi Perindustrian ke-4 (IR4.0) telah mengubah landskap perniagaan.

“Pembelajaran mesin, pengkomputeran awan dan internet pelbagai benda (IOT), termasuk blockchain dan teknologi kewangan (fintech) telah banyak mengubah cara kita menjalankan aktiviti perniagaan.”

“Ia menyediakan pemegang berkepentingan industri halal dengan banyak cara untuk meningkatkan kapasiti industri, memacu peningkatan produktiviti dan meningkatkan kecekapan,” tambahnya.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut menyeru agar pemegang berkepentingan industri halal bekerjasama dan secara koletif meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antarabangsa melalui platform global seperti Persidangan Perniagaan Halal Dunia.

“Peserta industri halal turut disaran untuk meningkatkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara perdagangan Islam lain menerusi mesyuarat pelbagai dan dua hala, misi perdagangan, Perjanjian Perdagangan Bebas bagi memenuhi permintaan pengguna Islam dan bukan Islam global.

“Saya ingin menekankan bahawa penggunaan standard piawaian Halal (Halal Standards) perlu dilihat sebagai usul atau proposisi nilai dan bukannya halangan perdagangan apabila meneroka dan mencuba sumber baharu pertumbuhan ekonomi dalam industri halal kerana ia berfungsi sebagai pemangkin pemulihan dalam ekonomi global selepas pandemik,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai WHBC 2021 yang diadakan hari ini, Ismail Sabri berkata persidangan itu memperlihatkan komitmen dan kepercayaan tegas semua pihak yang berkepentingan bahawa ekonomi halal harus terus berdaya tahan dan akan menjadi penyumbang kukuh kepada pemulihan ekonomi dunia.

Beliau menambah tema tahun ini iaitu “Halal – Pemangkin Pemulihan Ekonomi Sejagat” (Halal – The Catalyst for Universal Economic Recovery) juga amat bertepatan memandangkan industri halal boleh memainkan peranan penting dan bertindak sebagai pemangkin menerusi pelbagai proposisi nilai dalam pemulihan ekonomi global.

Berita berkaitan
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
UMNO perlu belajar hidup ‘kahwin paksa’ dalam kerajaan campuran
May 1, 2023· Politik
UMNO-DAP tak dipaksa kahwin, kata Loke
April 17, 2023· Politik
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok