Indonesia tarik balik sekatan tenaga kerja ke Malaysia

July 28, 2022 · Isu semasa

Indonesia menarik balik sekatan ke atas kemasukan tenaga kerjanya ke Malaysia, dan bersetuju untuk mengintegrasikan sistem sedia ada antara Jabatan Imigresen Malaysia dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur bagi pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata integrasi sistem itu akan bertindak sebagai saluran tunggal pengambilan dan kemasukan PDI ke Malaysia seperti yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum ini, menurut Bernama.

“Sistem ini akan beroperasi dalam masa tiga minggu lagi di bawah pengawalseliaan Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Indonesia,” katanya dalam kenyataan bersama rakan sejawat dari Indonesia Ida Fauziyah.

Beliau berkata satu projek rintis akan dilaksanakan bagi tempoh tiga bulan sebaik integrasi sistem selesai bagi memastikan sistem saluran tunggal ini beroperasi dengan lancar,

“Oleh yang demikian, pihak Indonesia bersetuju untuk menarik kembali sekatan kemasukan PDI dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ke Malaysia bermula Ogos 1,” kata Saravanan.

Pada 13 Julai, Indonesia memaklumkan mengenai keputusan membekukan sementara kemasukan semua pekerja negara itu ke Malaysia kerana tidak menggunakan sistem tunggal seperti yang dipersetujui sebelumnya.

Ini berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan System Maid Online (SMO) dalam urusan permohonan pembantu rumah warga asing oleh majikan, biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu OCS menerusi MoU PDI yang dicapai pada April lepas.

Saravanan percaya penyelesaian isu-isu dalam MOU PDI ini akan mendorong kepada kelancaran kemasukan pekerja warga Indonesia ke Malaysia dalam sektor pekhidmat domestik mahupun sektor lain yang dibenar untuk penggajian pekerja warga asing.

Justeru beliau mengingatkan majikan yang mana kuota pekerja warga asing mereka telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk segera membuat bayaran levi kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Saravanan berada di Jakarta sempena mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama antara Malaysia dan Indonesia sebagaimana yang digariskan dalam MOU PDI yang telah selesai bersidang pada Rabu (27 Julai).

Mesyuarat itu telah membincangkan isu-isu dasar dan teknikal dalam pelaksanaan MOU PDI yang telah ditandatangani pada 1 April 2022.

Terdahulu, Ida berkata persetujuan bersama tentang langkah-langkah yang diperlukan penting untuk memastikan pelaksanaan MoU secara menyeluruh khususnya Sistem Satu Saluran (OCS) .

Sebelum ini, Kumpulan Kerja Bersama itu telah menemui beberapa isu pelaksanaan daripada segi dasar dan teknikal yang boleh menjejaskan pelaksanaan MoU.

“Kami setuju untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan norma dan prosedur yang ditetapkan dalam MoU dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak dengan melibatkan agensi atau lembaga berkaitan dalam pemerintahan memasing-masing,” katanya.

Beliau berkata keberkesanan pelaksanaan daripada komitmen yang dibuat dalam MoU itu juga penting sebelum Indonesia menghantar semula PDI ke Malaysia Ogos nanti.

Berita berkaitan
Skor indeks rasuah merosot, TI-M beri bimbang Malaysia menuju ke ‘arah salah’
January 31, 2023· Isu semasa
Menteri sambut pelancong dari China gesa petugas imigresen ditambah di KLIA
January 24, 2023· Isu semasa
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
Wilayah Gorontalo di Indonesia dilanda gempa bumi
January 18, 2023· Dunia
Popular
Johari sahkan Mohammed Iqbal adalah anaknya, sama dalam web rasmi Parlimen
February 3, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
11 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
11 jam lalu · Isu semasa
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
16 jam lalu · Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
17 jam lalu · Isu semasa
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok