Individu tinggal mayat budak dua tahun lepas nahas bukan suami isteri

June 30, 2022 · Isu semasa

Polis mengesahkan dua individu yang ditahan susulan tindakan mereka melarikan diri dan meninggalkan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun selepas terbabit dalam nahas di Jalan Sungai Kelamah, Jelai, Gemas, dekat sini, Ahad lalu bukan pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, hanya wanita terbabit sahaja ibu kepada kanak-kanak yang tercampak di atas jalan raya ketika nahas.

Malah, ketika nahas berlaku lelaki dan wanita itu yang turut melarikan kenderaan pacuan empat roda pengguna yang mahu membantu mereka selepas nahas itu juga mempunyai rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata lelaki itu berusia 30 tahun manakala wanita yang berusia 27 tahun itu merupakan ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan yang menaiki kereta Proton Iswara pada hari kejadian.

“Kanak-kanak itu tercampak di tengah jalan dan digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti akibat kemalangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata pasangan tersebut positif dadah setelah lalui ujian air kencing, selain lelaki itu turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk 14 kesalahan narkotik manakala wanita tersebut mempunyai satu rekod kesalahan narkotik.

Katanya lelaki berkenaan direman selama empat hari bermula Isnin lalu dan akan didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985 sehingga esok manakala bagi kesalahan mencuri kenderaan pula reman akan dimohon esok manakala wanita itu pula hanya dikenakan reman selama sehari bagi membantu siasatan.

Semalam media melaporkan kedua-dua suspek meninggalkan mayat seorang kanak-kanak lelaki selepas mereka terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 11.30 malam di Jalan Sungai Kelamah, Jelai, Gemas, dekat sini, pada 26 Jun lepas.

Kedua-dua suspek difahamkan melarikan diri dari lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda milik pengguna jalan raya lain yang ingin membantu mereka.

Pasangan itu telah ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor pada jam 4.30 pagi dan polis menemukan dadah dalam kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan.

Berita berkaitan
Polis tahan wanita dera anak saudara sehingga mati
August 17, 2022· Isu semasa
Satu keluarga ditahan bersama dadah bernilai RM694,412
August 8, 2022· Isu semasa
Penganggur mengaku tidak bersalah miliki dadah di lokap mahkamah
August 5, 2022· Uncategorized
Ibu tunggal dibenar cabar tindakan bekas suami daftar anak peluk Islam
August 1, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
9 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
10 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
11 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok