Individu pertama didakwa bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dibebaskan

May 20, 2022 · Isu semasa

Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Education Malaysia Global Services (EMGS) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada pertuduhan menyebabkan seorang kakitangan dipecat setelah memberikan maklumat mengenai salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Suzana Hussin membebaskan Wafiy Abd Aziz, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan, menurut laporan Bernama.

“Setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan, hujahan peguam dan pendakwa raya, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal menunjukkan kes terhadap tertuduh.

“Dengan itu tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan wang jaminan (RM15,000) dipulangkan manakala tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dilapangkan,” kata Suzana.

Pertuduhan terhadap Wafiy adalah yang pertama mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711), sejak ia berkuat kuasa pada 2010.

Wafiy didakwa telah mengambil tindakan yang memudaratkan terhadap seorang pemberi maklumat dengan cara mengapi-apikan Pengerusi EMGS Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff supaya menandatangani dokumen penamatan pekerjaan ke atas lelaki terbabit sebagai suatu tindakan balas terhadap pendedahannya berkenaan kelakuan tidak wajar tertuduh kepada SPRM.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat EMGS di Jalan Mayang Sari di sini, pada 9 Jan 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 10(3)(b) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 10(6) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 15 tahun atau kedua-duanya.

Wafiy diwakili peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Afif Ali.

Perbicaraan kes itu bermula 27 April 2021 dengan 17 saksi pendakwaan memberi keterangan termasuk dua saksi utama iaitu Abdul Rahman dan CEO EMGS Shahinuddin Shariff.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok