Individu buat tawaran kepada MP DAP guna nombor palsu, kata SPRM

August 9, 2021 · Isu semasa

Nombor telefon yang digunakan oleh individu yang membuat tawaran kepada beberapa Ahli Parlimen (MP) DAP menggunakan nombor telefon palsu, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Azam Baki.

Azam berkata SPRM sudah bertemu dengan tiga MP DAP tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut dalam membantu siasatan untuk mengenalpasti individu yang membuat tawaran tersebut.

“Ya, daripada tiga aduan terbabit satu aduan telah diterima oleh SPRM manakala dua lagi dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hasil siasatan kita mendapati, individu yang menawarkan tawaran itu adalah daripada mereka yang tidak dikenali oleh ahli Parlimen berkenaan.

“Malah, nombor telefon yang digunakan individu tersebut juga adalah nombor bogus atau palsu,” katanya dipetik laporan.

Sementara itu, usaha sedang dijalankan bagi mengenalpasti individu yang menghantar mesej tersebut menerusi WhatsApp, bagaimanapun ia tidak dapat disahkan pemilik nombor telefon tersebut.

“Setakat ini, SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli parlimen berkenaan,” kata kenyataan SPRM.

Bagaimanapun, SPRM memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini.

Berita berkaitan
Tiada unsur penyelewengan dalam projek Musang King di Kedah, kata SPRM
August 12, 2022· Isu semasa
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
August 12, 2022· Isu semasa
Siasatan ke atas beberapa individu dalam skandal LCS sudah lengkap: SPRM
August 11, 2022· Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
August 7, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
2 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok