
Data terbaharu 18 September 2022.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara semalam (Ahad, 18 September 2022) kekal di bawah 2,000 buat hari ketiga berturut-turut, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini menunjukkan dalam tempoh itu sebanyak 1,639 kes dilaporkan berbanding 1,572 pada Sabtu.
Jumlah jangkitan baharu itu turut melibatkan sembilan kes import.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,818,890 kes, dengan 4,756,967 pesakit telah sembuh, termasuk 2,056 pesakit pulih semalam.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,148 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 309 kes (penerima dua dos); 172 kes (individu tidak divaksinasi); dan 10 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).
KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 25,611 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 26,032 yang dicatat pada Sabtu.
Jumlah itu termasuk, 24,404 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (24,797 pada Sabtu); dan empat pesakit ditempatkan di PKRC, sama seperti pada Sabtu.
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula turun sedikit kepada 1,143, berbanding 1,171 pesakit pada Sabtu, manakala jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi kekal pada 60 pesakit, dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (37 pada Sabtu).
Data laman sesawang CovidNOW juga menunjukkan dalam tempoh minggu ini, individu berusia 18 hingga 29 tahun paling ramai menyumbang kepada kes baharu iaitu membabitkan 3,567 kes.
Berikut adalah kes sepanjang minggu ini mengikut kategori umur:
- 30 hingga 39 tahun – 3,508 kes;
- 40 hingga 49 tahun – 1,968 kes;
- 50 hingga 59 tahun – 1,240 kes;
- 60 hingga 69 tahun – 890 kes;
- 12 hingga 17 tahun – 531 kes
- 70 hingga 79 tahun – 520 kes;
- 5 hingga 11 tahun – 515 kes;
- 0 hingga 4 tahun – 475 kes; dan
- 80 tahun dan ke atas – 405
Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:
- Selangor – 659 (1,470,756);
- Kuala Lumpur – 295 (433,225);
- Johor – 48 (393,248);
- Sabah – 137 (393,039);
- Sarawak – 60 (314,564);
- Kedah – 55 (308,987);
- Pulau Pinang – 57 (296,383);
- Kelantan – 36 (253,080);
- Perak – 108 (225,834);
- Negeri Sembilan – 70 (221,018);
- Pahang – 32 (177,097);
- Melaka – 46 (134,569);
- Terengganu – 13 (129,334);
- Putrajaya – 19 (27,142);
- Labuan – 3 (22,230); dan
- Perlis – 1 (18,384).
KKM juga memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).
Semua kes kematian iti dilaporkan di Melaka (BID); Perak; Sabah; dan Selangor.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,312 kes, termasuk 7,718 kes BID.
Sementara itu, KKM juga melaporkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam lebih 72.32 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.
Daripada jumlah itu, 28,098,910 melibatkan dos pertama; 27,503,689 (doa kedua); 16,229,273 (dos penggalak pertama); dan 491,593 (dos penggalak kedua).