Individu 18 hingga 29 tahun paling ramai dijangkiti Covid minggu lalu

June 27, 2022 · Isu semasa

Individu berusia 18 hingga 29 tahun kekal paling ramai dijangkiti Covid-19 apabila 4,113 kes membabitkan kumpulan umur itu dilaporkan dalam tempoh seminggu yang berakhir semalam (Ahad, 26 Jun), meningkat daripada minggu sebelumnya sebanyak 3,731 kes.

Data laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi ini, juga menunjukkan kumpulan umur 30 hingga 39 tahun berada di tempat kedua dengan 3,851 kes, diikuti 40 hingga 49 tahun (2,526 kes).

Berikut adalah pecahan kes mengikut kumpulan umur sepanjang minggu yang berakhir semalam:

  • 50 hingga 59 tahun – 1,569 kes;
  • 12 hingga 17 tahun – 1,016 kes;
  • 60 hingga 69 tahun – 857 kes;
  • 5 hingga 11 tahun – 594 kes;
  • 0 hingga 4 tahun – 469 kes;
  • 70 hingga 79 tahun – 454 kes; dan
  • 80 tahun dan ke atas – 273 kes.

Sementara itu, jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam, turun sedikit kepada 2,003 kes berbanding 2,302 yang dicatat pada Sabtu.

Jangkitan baharu semalam menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,556,664 kes, dengan 4,492,767 pesakit telah sembuh, termasuk 1,861 yang pulih semalam.

Data laman sesawang Github KKM pula menunjukkan daripada jumlah jangkitan semalam, 1,446 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; manakala, 364 kes membabitkan penerima dua dos; 173 kes (tidak menerima vaksinasi); dan 20 kes (belum lengkap divaksinasi).

Sehingga semalam sebanyak 28,151 kes masih aktif, naik sedikit berbanding 28,010 pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 27,025 pesakit menjalani kuarantin di rumah meningkat berbanding 26,929 pesakit pada Sabtu, manakala jumlah mereka yang ditempatkan di PKRC turun daripada 16 pesakit pada Sabtu kepada 13 kes semalam.

Sementara itu, jumlah mereka yang menerima rawatan di hospital akibat Covid-19 sehingga semalam naik kepada 1,082 pesakit berbanding 1,034 yang dicatat pada Sabtu.

Bagaimanapun, jumlah yang dimasukkan ke unit rawatan rapi kekal 31 pesakit, dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 690 (1,386,594);
  • Johor – 72 (385,749);
  • Sabah – 113 (374,341);
  • Kuala Lumpur – 517 (368,749);
  • Sarawak – 41 (307,712);
  • Kedah – 38 (301,484);
  • Pulau Pinang – 179 (284,786);
  • Kelantan – 14 (248,273);
  • Negeri Sembilan – 87 (207,256);
  • Perak – 101 (206,481);
  • Pahang – 20 (172,271);
  • Terengganu – 17 (126,545);
  • Melaka – 56 (125,767);
  • Labuan – 2 (21,463);
  • Putrajaya – 49 (21,634); dan
  • Perlis – 7 (17,559).

Sementara itu, KKM juga melaporkan seorang lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam yang direkodkan di Pulau Pinang.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam sebanyak 35,746 pesakit, dengan 7,583 daripadanya meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Mengikut rekod kes kematian mengikut kumpulan umur sepanjang minggu berakhir 26 Jun, sebanyak tujuh kes melibatkan pesakit berusia 70 hingga 79 tahun, diikuti tiga kes (80 tahun dan ke atas); masing-masing dua kes (kategori usia 40-49; 50-59; serta 60-69); dan satu kes (18-29 tahun).

Tiada kluster baharu Covid-19 dilaporkan semalam, namun sehingga kini tujuh daripada 7,019 kluster yang direkodkan masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
21 minit lalu · Isu semasa
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
38 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
50 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
57 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok