Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah

March 21, 2023 · Isu semasa

Lapan negeri disaman seorang guru tadika, M. Indira Gandhi, sebuah pertubuhan agama bersama 12 individu lain yang menuntut pengisytiharan tukar agama secara unilateral sebagai tidak sah.

Selain Indira, plaintif terdiri daripada Pertubuhan Agamam Ani, bekas pengerusi Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), S. Mohan dan Pengerusi Indira Gandhi Action Team (INGAT), D. Arumugam.

Kes Indira sebelum ini mendapat perhatian selepas bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah yang juga seorang muallaf enggan mengembalikan anaknya, Prasana Diksa.

Permohonan tersebut dibuat melalui saman pemula yang difailkan melalui firma guaman, Tetuan Raj & Sach pada 3 Mac lalu.

Turut menjadi plaintif ialah beberapa individu yang mendakwa menjadi mangsa kepada penukaran agama secara unilateral.

Kesemua plaintif menamakan Kerajaan Negeri Perlis, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan selaku defendan.

Menurut afidavit yang difailkan, plaintif menyatakan semua penukaran unilateral yang telah berlaku di Malaysia dari tarikh keputusan Indira adalah terbatal kerana melanggar Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 29 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan pasangan yang memeluk Islam manakala pasangannya bukan beragama Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetepikan keputusan berhubung penukaran agama tiga anak Indira secara satu pihak oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah, (dahulu dikenali sebagai K. Pathmanathan), yang merupakan seorang mualaf.

Menurut plaintif, dengan keputusan Indira, sebarang penukaran kanak-kanak bawah umur kepada mana-mana agama secara unilateral tanpa kebenaran kedua-dua ibu bapanya adalah tidak berperlembagaan.

“Bagaimanapun beberapa kerajaan negeri masih mengamalkan penukaran agama Islam secara unilateral kepada kanak-kanak melalui enakmen negeri,” jelas plaintif dalam afidavit terbabit.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon perisytiharan bahawa amalan penukaran agama secara unilateral adalah tidak berperlembagaan dan bertentangan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 April ini.

Berita berkaitan
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
17 jam lalu· Isu semasa
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
17 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
20 jam lalu· Politik
Zahid persoal kenapa PN mahu saman dirinya dalam isu dana judi
May 27, 2023· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok